MUNGKIN ramai tidak tahu penggambaran filem popular Kaho Naa Pyaar Hai lakonan Hrithik Roshan dan Ameesha Patel pernah dihentikan selama enam bulan.
Ia susulan Hrithik mengalami patah tulang punggung ketika merakamkan salah satu babak akhir filem berkenaan.
Hrithik yang melakukan aksi melompat tanpa bantuan pelakon lagak ngeri bagaimanapun terjatuh sehingga menyebabkan tulang punggungnya patah.
Hrithik bergandingan dengan Ameesha dalam filem Kaho Naa Pyaar Hai.
"Ia antara babak akhir sebelum penggambaran selesai dan kami semua panik apabila Hrithik jatuh.
"Kru produksi membawanya ke hospital pukul tiga pagi untuk mendapatkan rawatan," kata Ameesha.
Insiden ini menyebabkan penggambaran filem tersebut terpaksa dihentikan selama enam bulan untuk memberi ruang kepada Hrithik menjalani proses pemulihannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Hrithik Roshan kembali ke Malaysia selepas 8 tahun, tampil dalam konsert penutup terhebat 2023
ARTIKEL BERKAITAN: Hrithik Roshan pernah jadi mangsa buli gara-gara sikap pemalu dan masalah gagap
"Kaho Naa Pyaar Hai tertangguh selama enam bulan sehingga Hrithik pulih.
"Hrithik perlu berehat di atas katil dan menjalani pemulihan," katanya lagi.
Filem arahan Rakesh Roshan yang juga bapa Hrithik ini ditayangkan buat kali pertama pada Januari 2000.
Filem Kaho Naa Pyaar Hai diterajui oleh bapa Hrithik iaitu Rakesh Roshan.
Filem ikonik ini bakal kembali ke pawagam sempena sambutan ulang tahun ke-25 penayangannya.
Selain Hrithik dan Ameesha, naskhah itu turut dibintangi Abhishek Bahchan dan filem itu kini menjadi salah satu karya klasik Bollywood.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!