Soompi melaporkan mereka berasa sedih kerana terkenangkan banyak kenangan manis sepanjang dua tahun mereka bekerjasama dalam program realiti itu.
Sebagai tanda terima kasih, Seung Hoon dan Sarang mengadakan parti istimewa bagi meraikan semua krew sejurus selesai penggambaran episod terakhir mereka.
Sebelum ini, program berkenaan kehilangan pasangan kembar tiga iaitu Daehan, Manse dan Minguk selepas hanya setahun bersama rancangan tersebut.