VOKALIS F.T Island iaitu Lee Hongki yang terkenal dengan sikap lantang bersuara dan berterus terang telah menyindir syarikat pengurusannya, FNC Entertainment baru-baru ini.
Dia merasakan kumpulannya itu telah dianaktirikan agensi itu yang dilihat lebih mengutamakan kumpulan CN Blue dan AOA.
Hongki membuat kenyataan itu ketika muncul menerusi program V App bersama Lee Jae Jin pada 7 Jun lalu, secara jelas mengaku benci kepada agensinya itu.
F.T Island tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan mereka.
"Peminat kami memberi hadiah lilin kepada semua pekerja agensi tetapi tiada seorang pun mengucapkan terima kasih.
"Saya benci FNC," ujar Hongki.