suria

Disangka pencuri imigran, Rami Malek kena humban dalam but kereta polis

Wajah Rami pernah disangka sebagai pencuri.

PELAKON Rami Malek berkongsi detik cemas apabila dia secara tiba-tiba ditahan pihak berkuasa atas dakwaan mencuri.

Menurut Rami, 44, kejadian itu berlaku ketika dia remaja dan tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri.

"Saya dihumban ke dalam but kereta polis kerana disangka merompak sebuah kedai minuman keras dan mencuri beg tangan seorang wanita.

rami malek 1

Rami melalui waktu sukar ketika zaman remaja.

"Pihak polis beritahu pencuri itu kelihatan seperti seorang lelaki Latin dan saya ada ciri-ciri berkenaan.

"Saya masih ingat lagi betapa panas keadaan dalam but kereta sehingga tangan saya hampir melecur," katanya.

Bagi Rami peristiwa tersebut turut menggambarkan kekecewaan terhadap layanan warga Amerika Syarikat yang menganggap dirinya sebagai seorang imigran.

ARTIKEL BERKAITAN: Hidap emfisema akibat kuat merokok, pengarah David Lynch meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Brad Pitt’ merayu bayar kos rawat buah pinggang, wanita ditipu RM4 juta

Malah pelakon filem Bohemian Rhapsody ini juga memberitahu dia pernah melalui waktu sukar menjalani kehidupan di negara berkenaan sekitar tahun 1990-an.

"Zaman sekolah juga tidak berapa baik. Ibu saya perlu menulis surat untuk menceritakan situasi sebenar keluarga kami," jelasnya.

Untuk rekod Rami dilahirkan di California, Amerika Syarikat namun kedua ibu bapanya merupakan warga negara Mesir.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain