suria

Fuji suka lelaki kuat cemburu, lambang cinta dalam hubungan

Fuji mahu lelaki yang bertanggungjawab.

PELAKON dan pempengaruh Indonesia iaitu Fuji mempunyai beberapa kriteria dalam memilih pasangan hidup.

Sebagai seorang yang berjaya mencipta nama dan memiliki kemewahan sendiri, Fuji, 22, amat mementingkan aspek kewangnan.

Bukan hendak mencari lelaki kaya, tetapi baginya calon suaminya perlu mempunyai kewangan stabil bagi menanggung kehidupan keluarga selepas berkahwin.

Fuji sedia berkahwin di usia muda.

"Tidak perlu hidup mewah, tetapi tidak juga mahu hidup susah.

"Saya sudah sampai di tahap ini. Tak mungkin akan downgrade," katanya.

Tambah pelakon ini dia menyukai lelaki yang ada sifat cemburu kerana ia melambangkan kasih sayang dalam perhubungan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kena raba ketika sertai acara larian, netizen salahkan pakaian seksi Fuji

ARTIKEL BERKAITAN: Target dua juta pengikut YouTube, netizen dakwa Aisar Khaled sekadar mahu tumpang populariti Fuji

Menurut Fuji dia juga sedia untuk mendirikan rumah tangga sekiranya bertemu dengan jejaka yang tepat meskipun masih muda.

"Saya suka lelaki yang ada sifat cemburu, tetapi tidak berlebihan. Contohnya apabila dia merajuk ingin tahu saya keluar bersama siapa.

"Jika diberi jodoh tahun ini, saya tidak menolak," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain