suria

Selamba pakai jubah mandi di tempat awam, netizen label G-Dragon sakit mental

Fesyen jubah mandi G-Dragon menerima pelbagai reaksi netizen di media sosial.

BUKAN sekadar aksi lincah di atas pentas, penampilan penyanyi G-Dragon juga sering menjadi tumpuan dan ikutan ramai peminat. 

Sekali lagi penyanyi ini mencipta fenomena apabila dia berani tampil memakai jubah mandi ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo, Seoul, Korea Selatan pada Khamis. 

Di sebalik keunikan tersebut, ada juga yang meluahkan rasa kurang senang sehingga melabelkan penyanyi ini tidak waras. 

G-Dragon dilihat tampil dengan fesyen jubah mandi ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo, Seoul.

G-Dragon dilihat tampil dengan fesyen jubah mandi ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo.

"Mungkin dia (G-Dragon) mengalami tekanan perasaan. Orang yang bahagia tidak akan keluar dengan pakaian seperti itu. Mungkin juga ini salah satu tanda dia keadaan mentalnya tidak baik. 

"Suka cari perhatian, jangan menakutkan orang. Dah macam orang mabuk," komen netizen. 

ARTIKEL BERKAITAN: Hantaran IG buat peminat tak senang duduk, G-Dragon didesak perjelas hubungan dengan Sana Twice

ARTIKEL BERKAITAN: Usaha turun berat badan berhasil, peminat kagum tengok ‘jawline’ G-Dragon

Menerusi beberapa rakaman, dia dilihat memakai jubah mandi berwarna merah bersama baju rona hitam dan jeans biru di bahagian dalam. 

Dipercayai imej tersebut juga sebagai salah satu langkah mempromosikan album terbaharunya berjudul Ubermesch yang jelas tertulis pada topi dipakainya. 

Sebelum ini fesyen memakai skaf kepala ketika lapangan terbang yang pernah digayakan oleh G-Dragon juga menjadi bualan ramai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain