suria

Bekas ahli The Boyz sangkal dakwaan terlibat skandal langgan pelacur, foto bersama pelakon dewasa Jepun tidak melibatkan aktiviti haram

Hak Nyeon menafikan dirinya terlibat aktiviti haram seperti didakwa segelintir pihak.

BEKAS anggota kumpulan The Boyz iaitu Ju Hak Nyeon menyangkal dakwaan dia terlibat dalam aktiviti pelacuran. 

Jelas Hak Nyeon, dia mengaku berada di lokasi seperti foto yang ditularkan, namun perjumpaan itu atas urusan profesional semata-mata.

Penyanyi itu juga membuat permohonan maaf secara terbuka kepada peminat yang terkejut tentang kontroversi yang melanda dirinya.

Permohonan maaf yang dibuat Hak Nyeon di Instastory.

"Pada awal pagi 30 Mei 2025, saya menghadiri satu perjumpaan peribadi bersama seorang kenalan dan memang benar saya berada di situ. 

"Namun, saya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti haram seperti yang disebut dalam laporan berita dan khabar angin, termasuk melanggan pelacur. 

"Saya sangat menyesali tindakan saya dan ingin memohon maaf dengan ikhlas kepada semua yang terkejut dan kecewa dengan perkara ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri bongkar kisah lama, Choi Minhwan boleh dipenjara terlibat aktiviti pelacuran

ARTIKEL BERKAITAN: Terlibat aktiviti pelacuran, Jung Joon Young, Seungri & Jonghun digam stesen TV Korea

Sebelum ini, media Korea Selatan melaporkan, Hak Nyeon didakwa telah membayar bekas pelakon filem dewasa Jepun, Asuka Kirara untuk mendapatkan perkhidmatan seksual pada penghujung Mei lalu semasa pertemuan peribadi di Tokyo, Jepun.

Lebih mengejutkan, pada Rabu syarikat label The Boyz iaitu One Hundred memaklumkan Hak Nyeon tidak lagi mempunyai kaitan selepas isu kehidupan peribadinya dianggap memburukkan imej kumpulan itu. 

 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain