SEORANG lelaki dikenali Johnson Wen dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan hari di Singapura selepas membuat kecoh dengan ‘menerkam’ seleberiti Ariana Grande semasa majlis tayangan filem Wicked: For Good di negara itu.
Semasa prosiding Wen, 26, mengaku bersalah atas satu pertuduhan iaitu menyebabkan gangguan ketenteraman awam.
Hakim Christopher Goh berkata, tindakan Wen bertujuan menarik perhatian (attention-seeking) selain ia sudah dirancang terlebih dahulu untuk merakam video bagi menarik perhatian di media sosial.

Kekecohan yang terjadi disebabkan tindakan Wen.
Walaupun tiada kecederaan serius dilaporkan, hakim berkata perbuatan itu berpotensi mendatangkan bahaya kerana melanggar penghadang keselamatan.
Sementara itu, pendakwa menyatakan hukuman penjara adalah perlu untuk memberi amaran bahawa perbuatan sedemikian tidak akan dibiarkan di Singapura.
Wen bagaimanapun menegaskan dia tidak akan mengulangi tindakan tersebut namun hakim bertegas perbuatan itu harus dihentikan.
Menurut undang-undang Singapura, seseorang yang didapati bersalah atas gangguan ketenteraman awam boleh dihukum penjara hingga tiga bulan, denda sehingga kira-kira RM7,300 (S$2,000), atau kedua-duanya sekali.
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki serang Ariana Grande bangga dibebaskan, dah banyak kali buat kecoh ‘terjah’ artis terkenal
ARTIKEL BERKAITAN: Salah beri ucapan, peminat Ariana Grande berkecil hati... Rasa tidak dihargai
Pada kejadian 13 November lalu, Wen dilihat melompat pagar kawalan di Universal Studios Singapore, kemudian meletakkan lengan di sekeliling Grande sambil melompat dan melambai.
Ariana bagaimanapun bernasib baik apabila rakannya iaitu Cynthia Erivo segera campur tangan untuk menghalang Wen daripada memegangnya.
Sebelum ini, dia pernah melakukan perkara sama apabila secara tiba-tiba naik ke atas pentas semasa konsert Katy Perry sedang berlangsung di Sydney, Australia.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


