suria

Lamaran Fahmi Bo diterima, kembali rujuk dengan bekas isteri... Tak mahu hidup sendiri dalam keadaan sakit

Fahmi bersyukur bekas isteri terima lamarannya.

ENGGAN menimbulkan sebarang fitnah, pelakon Indonesia, Fahmi Bo mengambil keputusan untuk kembali bernikah dengan bekas isterinya yang dikenali sebagai Nita.

Menurut Fahmi, 52, dia tidak mahu ada yang tersalah sangka apabila melihat Nita yang sering keluar masuk rumah kerana membantu dirinya yang sedang terlantar sakit.

"Mujur dia mahu, jadi apa salahnya.

Nita (dua dari kanan) setia menjaga Fahmi ketika sakit. 

"Ini bagi menghindari fitnah juga kerana terlalu banyak orang bercakap bukan mahram tetapi bantu uruskan saya," katanya.

Pernikahan mereka diadakan secara sederhana di kediamannya pada Ahad.

Menurut Fahmi, selepas berkahwin Nita dibenarkan tinggal di rumahnya bagi memudahkan urusan mereka berdua.

Malah, dia juga tidak mahu hidup sendiri, apatah lagi dalam keadaan sakit sejak dua tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon hidup melarat selepas cerai, anak-anak pula sekat nombor di WhatsApp 

ARTIKEL BERKAITAN: Badan kurus, muka cengkung sebab sakit… Ada yang dakwa pelakon ini dibuang keluarga

"Saya tak mahu sakit lagi, saya tak mahu tinggal di rumah berseorangan," ujarnya.

Fahmi pada Jumaat lalu secara terbuka memberitahu dia kembali melamar Nita untuk hidup bersama sebagai pasangan suami isteri.

Keadaan kesihatan Fahmi mula menjadi perhatian sejak dua tahun lalu selepas disahkan menghidap beberapa penyakit seperti jantung dan masalah hempedu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain