suria

Justin Bieber ‘kantoi’ kencing tepi semak

Justin ketika dipercayai sedang membuang air.

PENYANYI Justin Bieber sekali lagi menjadi buah mulut ramai apabila dilihat membuang air kecil di kawasan semak semasa berada di padang golf di Palm Springs, California  Amerika Syarikat.

Memetik laporan Page Six, Justin, 31, ketika itu sedang bermain golf bersama rakan-rakannya.

Menerusi foto yang tular, Justin dilihat menurunkan sedikit seluar pendek denimnya dan memegang kayu golf di tangan kiri sambil membuang air kecil di kawasan semak.

Justin bermain golf bersama rakan-rakan.

Selepas selesai, Justin dilihat menarik semula seluarnya dan menyambung bermain golf.

Lebih mengundang kemarahan ramai apabila Justin dipercayai meneguk minuman beralkohol sebelum membuang 'hajat'. 

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen anggap Justin Bieber cakap tak serupa bikin, komen tentang curang dalam rumah tangga

ARTIKEL BERKAITAN: Justin Bieber akhirnya jawab dakwaan jadi mangsa keganasan seksual P. Diddy

Meskipun ada yang menganggap ia perkara biasa bagi individu yang bermain golf, namun ada juga menyifatkan ia terlalu menjijikan bagi individu dikenali.

Sekadar info, membuang air secara terbuka di tempat awam dianggap satu kesalahan di Califonia dan pelaku boleh dikenakan denda atau penjara.

Namun setakat ini masih belum ada tindakan rasmi terhadap penyanyi itu.

 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain