PELAKON Indonesia, Wulan Guritno tidak dapat menahan sedih apabila wajahnya menjadi bahan jenaka dan kecaman warganet baru-baru ini.
Menurut Wulan, 44, dia kesal apabila terdapat sebuah video memaparkan keadaan wajahnya dengan kesan jerawat hingga netizen membandingkan wajah mulus di media sosial.
“Ketika video ini tular, saya tidak tahan sehingga menangis dan bertanya kepada pihak pengurusan sama ada perkara ini boleh ditutup atau diselesaikan dengan apa cara sekali pun,” katanya.

Wulan Guritno menangis netizen kecam kulit wajahnya berlopak.
Berkongsi perkara itu, Wulan berkata sejak remaja lagi dia berdepan masalah kulit muka, malah pernah membuatkan dirinya berasa trauma dan hilang keyakinan diri.
Tambah Wulan, dia pada awalnya terkejut setelah membaca komen netizen, namun lega apabila mendapati masih ramai yang menyokong dan tampil mempertahankannya.
“Kira-kira 80 peratus komen menyebut tentang wajah sebenar saya, tetapi ada juga yang marah dan membela saya. Daripada situ saya kembali bersemangat,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Wulan Guritno tarik saman bekas kekasih, akhirnya sepakat selesai luar mahkamah
ARTIKEL BERKAITAN: Wulan Guritno tak halang anak gadis berlakon, tapi awal-awal pesan jangan bagi malu!
Kesan insiden tersebut telah membuka matanya untuk tidak lagi mengambil pusing kecaman negatif, sebaliknya menjadi pembakar semangat untuk terus bangkit.
Sebelum ini, Wulan meluahkan perkara sama di Instagram miliknya dengan menyatakan dia kini lebih tenang dan bersyukur selepas belajar menerima kekurangan diri.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


