suria

Suami pilih damai dengan isteri pertama, sedia lepaskan Inara Rusli

Inara masih belum beri respon mengenai pilihan Insanul.

KONTROVERSI rumah tangga melibatkan Insanul Fahmi dan Inara Rusli terus menjadi perhatian apabila dia kini memberi bayangan jelas memilih isteri pertamanya, Wardatina Mawa. 

Perkara itu didedahkan ketika Insanul hadir menjalani proses Restorative Justice di Balai Polis Metro Jaya, Jakarta, berhubung konflik rumah tangganya yang tular sebelum ini.

Menurut peguam Insanul, iaitu Tommy Tri Yunanto, keutamaan anak guamnya kini adalah untuk memperbaiki hubungan dengan isteri pertama dan kembali menjalani kehidupan rumah tangga secara harmoni.

Nama Inara dan Insanul masih lagi jadi perhatian netizen.

“Fokus kami adalah bagaimana Insanul boleh kembali kepada isteri sahnya, Mawa. Soal bagaimana caranya, itu bergantung kepada Insanul sendiri,” katanya kepada media.

Tambah Tommy, pendirian Insanul kali ini berbeza berbanding sebelum ini apabila dia pernah menyatakan mahu berpoligami dan mengaku menyayangi kedua-dua wanita tersebut.

Malah, kenyataan Insanul yang pernah melafazkan ‘I love you’ kepada kedua-duanya sebelum ini turut mencetuskan kecaman ramai pihak.

Namun apabila ditanya sama ada Insanul bersedia melepaskan Inara Rusli demi menyelamatkan perkahwinan sahnya, Tommy tidak menafikan kemungkinan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Inara Rusli tak mahu panjangkan cerita, pilih berbaik dengan madu

ARTIKEL BERKAITAN: Madu Inara Rusli nekad mahu cerai, tak mahu hidup berpoligami

 “Ada kemungkinan,” katanya ringkas.

Ketika ditanya siapakah yang akan dipilih sekiranya terpaksa membuat keputusan muktamad, Tommy menegaskan bahawa isteri pertama tetap menjadi keutamaan.

Dalam pada itu, Insanul yang lebih banyak berdiam diri memaklumkan dia bersedia memohon maaf secara terbuka sekiranya itu menjadi syarat perdamaian yang diminta oleh isterinya.

Doakan yang terbaik untuk perdamaian.

INSANUL FAHMI

 “Insya-Allah saya siap. Doakan yang terbaik untuk perdamaian,” ujarnya.

Difahamkan, Insanul kini berusaha keras untuk melembutkan hati Wardatina Mawa, yang sejak awal menolak poligami dan mahu mempertahankan perkahwinan mereka secara sah.

Sebelum ini, kontroversi membabitkan Inara mula timbul selepas isteri pertama kepada Insanul tampil membuat laporan polis mendakwa suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan penyanyi itu. 

Insanul kemudian dalam satu temu bual menafikan perbuatan zina dengan Inara dan memberitahu mereka sah bergelar suami isteri pada Ogos tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain