PENYANYI Britney Spears ditahan pihak polis Amerika Syarikat atas dakwaan memandu di bawah pengaruh alkohol.Menurut laporan, Britney, 44, ditahan pada malam Rabu waktu tempatan dan dibebaskan keesokan harinya selepas selesai menjalani proses soal siasat. Wakil pengurusan penyanyi itu turut mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu Britney sedia memberi kerjasama penuh terhadap proses undang-undang.“Ini merupakan insiden yang tidak boleh dimaafkan.Britney akan beri kerjasama baik untuk proses undang-undang. “Britney akan mengambil langkah yang betul dan mematuhi undang-undang. Diharapkan perkara ini boleh menjadi langkah pertama ke arah perubahan yang sudah lama diperlukan dalam hidupnya,” ujar wakil berkenaan.Dalam masa sama, difahamkan penyanyi lagu Toxic itu kini telah pulang ke rumah dan diletakkan di bawah jagaan dua orang anak lelakinya.Keluarga juga kini dalam usaha memastikan Britney sentiasa dalam keadaan baik dan tidak melakukan sebarang perkara yang boleh menimbulkan masalah berbangkit.ARTIKEL BERKAITAN: "Sayap saya patah" - Britney Spears dedah alami kecederaan otak, kongsi kisah gelap pernah dikurung ARTIKEL BERKAITAN: Rumah bersepah dan kotor penuh tahi anjing, Britney Spears dikecam tak jaga kebersihan“Semoga dia mendapat bantuan dan sokongan yang diperlukan dalam tempoh sukar ini.“Anak-anak akan meluangkan masa bersamanya. Mereka akan merancang langkah bagi memastikan dia berada dalam keadaan baik,” kata wakil pengurusan.Untuk rekod, Britney memiliki dua orang anak lelaki iaitu Sean Preston, 20, dan Jayden James, 19, hasil perkahwinannya bersama bekas suami, Kevin Federline.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube