suria

Doja Cat hidap BPD, sejak kecil alami gangguan emosi

Doja bangga dirinya menunjukkan perubahan yang baik.

PENYANYI Doja Cat mendedahkan dirinya mengalami gangguan kesihatan mental yang dikenali sebagai Borderline Personality Disorder (BPD).

Pendedahan itu dibuat menerusi video di TikTok apabila penyanyi berusia 30 tahun itu berkongsi tentang perjuangannya mengawal emosi dan kesihatan mental.

Menurut Doja Cat, dia sudah lama berdepan gangguan emosi, namun hanya menyedari masalah kesihatan sebenar selepas mendapatkan bantuan profesional.

Doja tenang ketika berkongsi keadaanya.

“Saya rasa saya sudah lama menghadapinya. Ia sesuatu yang sangat menyakitkan,” katanya.

Tambahnya, sejak kecil lagi dia sudah terbiasa menyembunyikan emosi sebenar dan berpura-pura bahawa semuanya baik walaupun hakikatnya tidak.

Sikap itu akhirnya memberi kesan sehingga dia terpaksa menjalani rawatan dan terapi.

ARTIKEL BERKAITAN: Doja Cat buat hal lagi! Biji mata hampir terkeluar gara-gara telan mikrofon semasa persembahan

ARTIKEL BERKAITAN: Dah tak rupa manusia! Netizen meremang lihat Doja Cat dilitupi 30,000 kristal Swarovski

Doja Cat mengakui dia sudah mengikuti sesi terapi selama beberapa tahun dan proses pemulihan itu memerlukan masa yang panjang.

Dalam masa sama, dia meluahkan rasa bangga dengan kemajuan yang dicapainya setakat ini.

Untuk rekod, Borderline Personality Disorder (BPD) ialah gangguan kesihatan mental yang boleh menyebabkan emosi tidak stabil, hubungan sukar serta tingkah laku impulsif.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain