suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beberapa kali cuba ceroboh rumah, Sabrina Carpenter mohon perintah larangan terhadap seorang lelaki

Sabrina memohon perintah larangan terhadap seorang lelaki berusia 31 tahun.

PENYANYI Sabrina Carpenter memohon perintah larangan terhadap seorang lelaki yang didakwa beberapa kali muncul di kediamannya di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Menurut laporan TMZ, lelaki berusia 31 tahun dikenali sebagai William Applegate itu hadir ke rumah Sabrina pada 23 Mei lalu tanpa jemputan.

Sabrina mendakwa tindakan lelaki berkenaan yang cuba mendekati kediamannya secara sengaja dan agresif menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatannya.

Sabrina diganggu lelaki tidak dikenali.

Sabrina diganggu lelaki tidak dikenali.

Malah, rakaman kamera keselamatan di rumah penyanyi itu turut menunjukkan Applegate berada di hadapan pintu utama kediaman berkenaan.

Sementara itu, dalam kenyataannya kepada mahkamah Sabrina berkata lelaki itu didakwa cuba membuka pintu rumah sebelum menekan loceng pintu.

Walaupun pasukan keselamatan sudah menegurnya, Applegate dikatakan enggan beredar sehingga pihak polis tiba dan menahannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun hilangkan diri, ini punca Barry Keoghan berdiam selepas putus dengan Sabrina Carpenter

ARTIKEL BERKAITAN: Cubaan tunjuk bakat menari undang kebencian, peminat malu tengok aksi ghairah Sabrina Carpenter

Lebih membimbangkan, Sabrina mendakwa lelaki itu kembali semula ke rumahnya kurang daripada 24 jam selepas ditahan.

Menurutnya, Applegate muncul lagi pada 24 Mei sebelum beredar selepas diarahkan oleh pengawal keselamatan. 

Mahkamah telah meluluskan permohonan perintah larangan sementara yang menghalang Applegate daripada mendekati Sabrina, adiknya Sarah serta teman lelaki Sarah, George.

Satu prosiding mahkamah akan diadakan pada bulan ini bagi menentukan sama ada perintah larangan sementara tersebut akan diteruskan sebagai perintah kekal.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain