suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amy Winehouse berduet dengan Justin Timberlake?

Amy Winehouse
Amy Winehouse
Amy Winehouse

AMY Winehouse mungkin merasakan dia mempunyai nada vokal yang padan dengan Justin Timberlake, memandangkan dia dikhabarkan ingin bekerjasama dengan penyanyi itu di dalam sebuah lagu baru.

Winehouse yang popular dengan lagu `The Rehab' sedang di dalam proses menghasilkan album ketiganya di St. Lucia.

Beberapa laporan menyebut Timberlake yang juga bekas anggota N-Sync berkemungkinan akan menyumbangkan suaranya dalam sebuah lagu.

"Amy mendapat beribu-ribu tawaran daripada pelbagai artis," kata seorang kenalan Winehouse.

"Ternyata Justin Timberlake ialah salah seorang artis pilihan Amy. Namun Amy hanya akan membuat keputusan jika muzik artis tersebut sesuai dengan 'mood'nya ketika itu," tambahnya.

Sementara itu, desas-desus bertiup kencang bahawa Winehouse yang sedang bercuti di Caribbean sedang berpacaran dengan seorang pelayan di pulau tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain