suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enrique didakwa kerana langgar lari

Nama Enrique sedikit terjejas apabila dikaitkan dengan insiden langgar lari seorang budak perempuan
Nama Enrique sedikit terjejas apabila dikaitkan dengan insiden langgar lari seorang budak perempuan
Nama Enrique sedikit terjejas apabila dikaitkan dengan insiden langgar lari seorang budak perempuan

KEKACAKAN penyanyi terkenal Enrique Iglesias memang tidak dapat dinafikan. Namun, ketampanannya sedikit tercalar apabila dia diheret ke mahkamah bersama pengurusnya kerana didakwa langgar lari seorang kanak-kanak perempuan.

Penyanyi terkenal itu telah didakwa awal bulan ini. Menurut dakwaan itu, Enrique dan pengurusnya, yang membawa kereta ketika itu, telah meninggalkan premis sebuah stesen radion di Glendale, Calif. pada tahun 2007 apabila terlanggar kaki seorang budak perempuan berusia 11 tahun.

Kanak-kanak itu hanya inginkan otograf Enrique. Peristiwa itu begitu menghantui ibu kepada mangsa kerana turut menjadi saksi kejadian malang itu.

Disebabkan itu, ibu mangsa bukan saja membuat tuntutan bagi pihak anak perempuannya tetapi turut juga menuntut pampasan kerana menjadi saksi kejadian tersebut.

Siibu mendakwa mengalami kejutan emosi dan kecederaan emosi kepada sistem sarafnya yang telah meninggalkan 'kerosakan.'

Ibu dan anak menuntut sebanyak dolar Amerika 25,000.

Artikel Lain