suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Deepika bintang Bollywood yang paling dicari-cari

SELEPAS setahun setengah berkecimpung dalam industri hiburan, Deepika Padukone kini adalah bintang Bollywood yang paling dicari-cari.

Penyanyi kurus tinggi ini telah menjadi duta jenama antarabangsa seperti Tissot, Maybelline, Pepsi, Levi’s, Wrigleys dan Fiama Di Willis.

Selain itu, jelitawan itu adalah model kepada majalah fesyen seperti Vogue, Elle, Cosmopolitan, L'Officiel dan Marie Claire.

Malah, terbaru Maxim mengundinya sebagai 'The Hottest Girl on Earth'. Kemasyhurannya turut tersebar di luar negara.

Dikhabarkan pengarah filem 'The Fast and The Furious' yang cukup terpikat dengan kecantikannya telah cuba mendapatkan tandatangannya untuk projek seterusnya.

Sumber memberitahu, pengarah terkenal itu percaya Deepika Padukone ialah wajah baru pawagam India yang amat dicari-cari.

Sekiranya segala-galanya berjalan lancar, Deepika bakal berupa artis muda yang berjaya menembusi pasaran Hollywood dalam tempoh paling singkat.

Beliau mula berlakon dalam filem 'Om Shanti Om' bersama Shah Rukh Khan pada November dua tahun lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain