suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Megan Fox takut status 'single'

Megan Fox gementar untuk kembali hidup solo setelah berpisah dengan aktor Brian Austin Green - foto REUTERS
Megan Fox gementar untuk kembali hidup solo setelah berpisah dengan aktor Brian Austin Green - foto REUTERS
Megan Fox gementar untuk kembali hidup solo setelah berpisah dengan aktor Brian Austin Green - foto REUTERS

BINTANG Transformers, Megan Fox yang baru-baru ini berpisah dengan aktor Brian Austin Green, akui agak gementar untuk mengharungi hidup secara 'solo' semula.

Fox dan Green telah cuba untuk mengatasi masalah yang melanda hubungan mereka, namun aktres tersebut mengesahkan bahawa hubungannya dan Green telah berakhir.

Dia dan Green telah memutuskan pertunangan pada awal tahun ini.

"Saya gementar untuk kembali menjadi solo. Ia menakutkan. Tapi saya mahu kekasih baru saya nanti adalah seorang yang jujur dan kelakar," katanya.

Rakan Fox, aktor Shia Labeouf bagaimanapun menegaskan pelakon itu tidak akan solo untuk tempoh yang lama dan mengaku, dia juga akan memasuki senarai lelaki yang berpotensi untuk menjadi kekasih Fox.

"Sudah tentu saya akan jalinkan hubungan dengannya. Dia cantik," katanya.

Artikel Lain