suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hubungan Jackson dan pengasuh macam pasangan sudah berkahwin

Michael Jackson beramah mesra dengan para penonton semasa menerima anugerah Millennium World Music dalam satu majlis pada 10 Mei 2000. - foto REUTERS
Michael Jackson beramah mesra dengan para penonton semasa menerima anugerah Millennium World Music dalam satu majlis pada 10 Mei 2000. - foto REUTERS
Michael Jackson beramah mesra dengan para penonton semasa menerima anugerah Millennium World Music dalam satu majlis pada 10 Mei 2000. - foto REUTERS

LAGENDA pop Michael Jackson menjalinkan hubungan sulit bersama pengasuh anak-anaknya sebelum kematiannya, kata jurugambar peribadi penyanyi itu.

Percintaan antara Jackson, yang disyaki meninggal akibat serangan jantung pada 25 Jun lepas bersama Grace Rwaramba wanita kelahiran Uganda ini telah menjadi buah mulut antara kakitangan yang bekerja di bawah penyanyi ini.

Tiga orang anaknya iaitu Prince Michael, 12, Paris Katherine, 11 dan Price Michael II juga melihat Grace sebagai ibu mereka.

"Grace cintakan Michael dan Michael juga cintakan Grace. Anak-anaknya juga memanggil dia (Grace) dengan panggilan 'ibu'," kata Ian Barkley yang merupakan jurugambar peribadi Michael, kepada satu sumber.

Minggu lepas, bekas ketua keselamatan Jackson, Matt Fiddes mengakui bahawa bekas majikannya itu memang mempunyai kekasih secara senyap, tetapi enggan untuk mendedahkan identiti wanita berkenaan kerana wanita tersebut bukan dari kalangan selebriti mahupun terkenal.

Bagaimanapun, seorang pengawal peribadi Jackson yang enggan identitinya didedahkan berkata: "Matt merujuk kepada Grace. Hubungan mereka lebih kepada pasangan yang sudah berkahwin berbanding hubungan antara pekerja dan majikan."

Artikel Lain