suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amy Winehouse, Blake berkahwin semula

Amy Winehouse dan bekas suaminya, Blake Fielder-Civil dikatakan telah berkahwin semula - foto REUTERS
Amy Winehouse dan bekas suaminya, Blake Fielder-Civil dikatakan telah berkahwin semula - foto REUTERS
Amy Winehouse dan bekas suaminya, Blake Fielder-Civil dikatakan telah berkahwin semula - foto REUTERS

PENYANYI yang sering mencetuskan kontroversi, Amy Winehouse dan bekas suaminya, Blake Fielder-Civil telah berkahwin semula, tiga bulan selepas mereka bercerai secara rasminya.

Laporan di sebuah laman web berkata, kedua-duanya telah meletakkan status 'berkahwin' semula di laman web Facebook.

Pasangan ini menamatkan perkahwinan mereka dulu apabila Blake menceraikan Winehouse atas alasan penyanyi itu curang. Namun, kedua-duanya tetap menghubungi antara satu sama lain.

Malah, bapa Winehouse, Mitch juga dikatakan pernah 'menangkap' mereka tidur bersama.

"Keluarga Amy, terutamanya Mitch pasti akan marah. Mereka amat gembira melihat keadaan Amy, tetapi amat takut dia akan mengambil dadah semula jika kembali ke pangkuan Blake," kata sumber.

Artikel Lain