suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Filem sekuel Mamma Mia! akan diteruskan

Amanda Seyfried telah mengesahkan bahawa perancangan untuk membuat sekuel Mamma Mia! memang ada - foto REUTERS

AMANDA Seyfried telah mengesahkan bahawa perancangan untuk membuat sekuel Mamma Mia! memang ada.

Seyfried, yang membawakan watak sebagai anak perempuan Meryl Streep di dalam filem muzikal itu telah mendedahkan bahawa perbincangan tentang sekuel itu memang ada dibuat.

Namun kata Seyfried, dia tidak akan berlakon filem tersebut tanpa Abba duo Bjorn dan Benny Andersson.

"Saya ada bercakap dengan orang dalam dan ia bukannya sesuatu yang tidak akan mereka lakukan. Saya tidak tahu sangat apa-apa selain itu.

"Saya tahu ia masih akan menggunakan muzik Abba kerana apa yang boleh menggantikannya? Saya tidak akan lakukannya jika tanpa Benny dan Bjorn.

"Saya rasa kami lalui saat yang menyeronokkan dan serasi," kata Seyfried.

Artikel Lain