DUA anak lelaki kepada penyanyi Britney Spears malu mencium ibu di hadapan kawan-kawan mereka.
Penyanyi berusia 31 tahun itu berkata, Sean Preston, 7, dan Jayden James, 6, tidak suka dicium di hadapan kawan-kawan kerana merasakan perkara itu memalukan.
"Anak-anak saya sudah besar dan menganggap mencium mereka di hadapan rakan-rakan adalah perkara memalukan," katanya kepada contactmusic.com.
Britney baru sahaja muncul dengan single terbaharunya berjudul Ooh La La untuk filem Smurfs 2 dan memberitahu anak-anaknya peminat setia filem berkenaan.
Dia turut mengakui bersetuju menyanyikan lagu tema filem berkenaan kerana Sean dan Jayden sangat meminati filem itu.
Kedua-dua mereka juga akan muncul dalam muzik video lagu berkenaan.