PROSES mendapatkan status kewarganegaraan Malaysia pelakon Josiah Hogan sudah pun memasuki peringkat akhir.
Josiah atau Josiah Padilla Hogan, 39, berkata, walaupun proses berkenaan mengambil masa lama namun dia sentiasa bersabar dan berharap permohonan yang dikemukakan di di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya diluluskan.
"Proses itu sudah berada di peringkat akhir cuma nak tunggu kelulusan dan pengesahan daripada pihak berkuasa.
Josiah mahu lalui proses sama seperti orang lain.
"Setakat ini masih belum dapat sebarang surat daripada JPN berhubung permohonan tersebut.
"Surat sokongan daripada Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil sebelum ini hanya untuk pastikan dokumen permohonan itu lengkap dan kemas," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Josiah memberitahu permohonan dibuat adalah telus tanpa menggunakan 'jalan belakang' walaupun ada pihak membuat tawaran kepadanya.
Malah dia turut membayar wang sebanyak RM23,000 bagi melepaskan kerakyatan Amerika Syarikat yang dipegangnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Josiah Hogan lepas status warganegara AS, dalam proses dapatkan IC biru... Mahu anak-anak membesar dalam persekitaran Islam
ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon wajah Pan-Asia dah tak laku? Josiah Hogan kata tunggu tiba masa sesuai
"Saya tak mahu menggunakan pintu belakang dan ikut proses betul seperti orang lain.
"Kalau kena tunggu pun tidak mengapa... Cumanya saya kena bayar lebih bila nak lepaskan status kerakyatan Amerika Syarikat," jelasnya.
Berkongsi perancangannya selepas ini, Josiah mahu membeli rumah dan membuka perniagaan sekiranya permohonan itu berjaya kelak.
Malah dia tidak akan berputus asa dengan membuat rayuan sekiranya permohonan dibuat tidak berjaya.
Saya mungkin akan berjumpa individu tertentu untuk rayuan.
JOSIAH HOGAN
PELAKON
"Saya harap permohonan mendapatkan kewarnegaraan Malaysia akan selesai dalam tempoh terdekat.
"Jika tak dapat pun kehidupan saya tetap sama cuma mungkin berdepan kesukaran memulakan perniagaan atau membeli aset.
"Kalau permohonan gagal saya mungkin akan berjumpa individu tertentu untuk rayuan," ujarnya.
Pun begitu kata Josiah, sekiranya semua proses itu tetap gagal dia terpaksa reda dan meneruskan kehidupan seperti biasa.
Josiah bersama isteri dan anak-anaknya.
Josiah kini berstatus sebagai penduduk tetap dengan kad pengenalan berwarna merah.
Untuk rekod, Josiah dilahirkan di AS dan ketika usianya tujuh tahun sebelum mengikut ibunya berpindah ke Malaysia.
Josiah bertemu jodoh dengan Nurul Hidayu Mohamed Nordin pada Mei 2013 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Sebelum itu, Josiah pernah berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 19 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!