HAMPIR dua tahun kembali rujuk, pelakon Linda Hashim sekali lagi memfailkan cerai terhadap suaminya yang juga aktor Beego di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada awal Januari lalu.
Peguam mewakili Linda iaitu Nurul Fadzilah Kamaluddin memberitahu Linda atau atau Norhazlinda Hashim, 41, memfailkan cerai terhadap aktor tersebut di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1986 atas alasan sudah tiada persefahaman.
"Linda failkan penceraian ini pada awal Januari lalu disebabkan sudah tiada persefahaman," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.
Linda dan Beego sudah hidup bersama selama 13 tahun.
Fadzilah memaklumkan kes itu bakal disebut di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Khamis.
Berkongsi lanjut, Fadzilah berkata, Linda dan Beego sudah tidak tinggal bersama sejak nekad dengan keputusan untuk bercerai.
ARTIKEL BERKAITAN: Beego dan Linda rujuk semula, muncul di mahkamah batal tuntutan nafkah dan hak jagaan anak
ARTIKEL BERKAITAN: Beego, Linda Hashim Bergelar Suami-Isteri Dengan Sekali Lafaz
"Saya dimaklumkan mereka sudah tidak tinggal sebumbung. Saya pun tidak tahu kalau mereka ada bertemu atau tidak dalam masa terdekat ini.
"Selebihnya saya rasa lebih baik bertanya kepada Linda sendiri di mahkamah nanti," ujarnya.
Pada Mei 2023, Linda dan Beego hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.
Linda dan Beego mempunyai tiga orang cahaya mata bersama.
Ia berikutan mereka mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023 selepas bercerai pada 27 Mac 2023.
Untuk rekod, Linda dan Beego atau Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu tiga orang cahaya mata Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!