suria

Zehra Zambri sedang dirawat di hospital, pilih diam elak buka aib rumah tangga

Zehra serahkan isu cerai kepada peguam.

KETIKA kecoh mengenai kemelut rumah tangganya, penyanyi Zehra Zambri berkongsi dirinya kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

Zehra, 38, bagaimanapun tidak berkongsi secara terperinci mengenai masalah kesihatan dihidapinya namun memohon maaf tidak dapat memberi sebarang kenyataan berhubung perkahwinannya.

“Mohon maaf saya tak dapat beri sebarang kenyataan ketika ini. Kesihatan saya juga kurang baik," katanya.

Hantaran yang dimuat naik Zehra ketika namanya sedang hangat.

Hantaran yang dimuat naik Zehra ketika namanya sedang hangat.

Zehra berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya.

Dalam hantaran tersebut, Zehra memuat naik foto yang memaparkan tangannya dipasang branula.

Tambah Zehra, sebarang kenyataan berkenaan dia didakwa bakal memfailkan cerai secara 'fast track' terhadap suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin, 42, akan dibuat oleh peguam dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Zehra Zambri mahu cerai ‘fast track’, suami pula nak fail nusyuz selamat rumah tangga

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Suami padam gambar di IG, Zehra Zambri jawab dakwaan rumah tangga bergolak sejak sertai GV

Jelas Zehra, dia enggan mengaibkan sesiapa sekiranya membuka mulut mengenai isu tersebut.

“Saya tidak akan sesekali mengaibkan sesiapa. Tiba masanya peguam yang mewakili saya akan mengulas lanjut, terima kasih," ujarnya.

Pada Rabu, Iqwan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi kerana bercadang memfailkan nusyuz terhadap Zehra sebagai salah satu usaha menyelamatkan rumah tangga mereka.

Untitled_design_(41)

Iqwan hadir ke mahkamah bersendirian.

Ia susulan, Zehra didakwa bakal memfailkan cerai terhadap Iqwan minggu hadapan tanpa sebarang sebab jelas memandangkan hubungan mereka tiada sebarang masalah. 

Iqwan bagaimanapun berharap dia dapat bertemu dan berbincang dengan Zehra mengenai perkahwinan yang dibina sejak tiga tahun lalu.

Untuk rekod, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021.

zehra_12

Zehra dan Iqwan mempunyai seorang cahaya mata perempuan.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia tiga tahun.

Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017 namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsAppTelegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

 

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain