suria

Aidid Marcello tegur influencer jaga adab buat ‘content’, kurang senang tonton video mohon maaf siap ketawa

Aidid pesan untuk jaga adab sebelum muat naik apa-apa kandungan video.

SEBAGAI seorang pencipta kandungan, pengacara Aidid Marcello berkata mereka perlu menjaga adab agar tidak memberi pengaruh buruk kepada masyarakat.

Menurut Aidid, ketika di awal kemunculannya dahulu, memburukkan nama selebriti lain jarang berlaku kerana sifat saling menghormati itu sangat tinggi.

"Bila tiada adab ketika nak buat content inilah bahananya.

Aidid minta influencer untuk menjaga adab dalam membuat kandungan video.

"Adab kena jaga, zaman dahulu tiada petik nama suka hati sebab ada rasa saling menghormati," katanya menerusi hantaran di TikTok pada Jumaat.

Aidid berkongsi pandangan itu selepas tular isu membabitkan pelakon wanita mendakwa pempengaruh terkenal sudah mencemar dan menghina namanya melalui kandungan video yang dibuat.

Dalam hal ini, Aidit berkata apabila video berkenaan ditonton masyarakat dibimbangi boleh memberikan persepsi buruk terutamanya mereka yang tidak mengenali selebriti yang dimaksudkan itu.

Aidid bagaimanapun berkata insiden yang berlaku ini sedikit sebanyak membuka mata dan kesedaran kepada orang ramai mengenai adab.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] ‘Content’ Imran Bard calar nama Ellie Suriaty, tuntut ibu bapanya datang mohon maaf

ARTIKEL BERKAITAN: Ellie Suriaty sanggup datang hospital jumpa ibu Imran Bard, anggap video permohonan maaf tak ikhlas

"Mungkin ada yang tak kenal artis itu akan beri impresi buruk kepada orang yang dijadikan content, tambah pula kena tanggung dosa.

"Bagus juga terkena kepada orang itu, sekurangnya biar terhantuk sikit untuk sedar," jelasnya.

Sudah menonton video permohonan maaf influencer berkenaan, Aidit bagaimanapun berasakan individu itu melakukannya seikhlas hati.

"Tak kata saya ni bagus, tapi sudah tiba masa perkara ini perlu disuarakan.

Aidid berharap persengketaan pelakon wanita dan influencer berkenaan selesai cara baik.

"Cara dia minta maaf pada akhir video pun boleh ketawa dan tak sepatutnya buat begitu.

"Harap turunkan ego pergi jumpa minta maaf, esok akaun TikTok dah tiada, awak bukan lagi sesiapa," ujarnya.

Pada Rabu, pelakon wanita membuat laporan polis terhadap seorang influencer atas dakwaan mencemarkan namanya dalam sebuah kandungan video di TikTok pempengaruh berkenaan.

Aktres itu menjelaskan tindakan itu dibuat kerana maruahnya sebagai seorang anak seni sudah tercalar dan dihina dengan sewenang-wenangnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain