SEJAK kebelakangan ini pelakon Fezrul Khan banyak berkongsi video memperlihatkan dia membawa watak sebagai seorang lelaki lembut di media sosial miliknya.
Perkongsian itu menimbulkan rasa kurang senang malah bimbang dalam kalangan pengikutnya yang menyangka ada sesuatu tidak kena dengan Fezrul.
Malah ada pula menganggap gaya lembut yang dipamerkan seperti kurang sesuai dengan pengikutnya yang mungkin dalam kalangan remaja dan kanak-kanak.
Fezrul cipta karakter tersendiri untuk promosi produk di media sosial.
Sedar ramai mengecamnya, Fezrul atau Fazrul Khan Junaidi, 43, menjelaskan watak diberi nama Ratu Lebah itu adalah ciptaannya sendiri dan ia sekadar hiburan kosong di platform berkenaan.
"Ramai yang kecam tapi saya diamkan saja. Ada yang suka dan begitu juga sebaliknya. Susah nak jaga hati semua orang.
"Saya sekadar mahu hiburkan orang sahaja dan bukannya libatkan mana-mana pihak," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Ada sampai tahap cucuk insulin” - Ramai kenalan hidap diabetes, Fezrul Khan sudah setahun tak ambil gula
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen kritik bela anjing, Fezrul Khan sudah rujuk al-Quran
Fezrul berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media pelancaran Kempen Ramadan Raya Media Prima di Kuala Lumpur pada Isnin.
Mengulas mengenai aksi meniru gaya wanita dan menggunakan kata ganti diri 'She' yang merujuk kepada jantina perempuan, Fezrul tidak melihat ia sebagai masalah.
Fezrul memberitahu pada awalnya dia mencipta watak Ratu Lebah itu bagi mempromosikan produk makanan madu lebah dari Yamen yang diamalkan sejak setahun lalu.
Saya sekadar mahu hiburkan orang sahaja dan bukannya libatkan mana-mana pihak
FEZRUL KHAN
PELAKON
"Dalam kalangan rakan-rakan ramai menggunakan perkataan 'She' itu. Rasanya tiada masalah pun dan mreeka semua faham.
"Watak Ratu Lebah itu sebenarnya saya cipta sebab promosi madu dari Yamen. Sudah setahun saya guna produk tersebut dan ia memberi banyak kebaikan," jelasnya.
Nabila dan Fezrul dalam drama Dari Rahim Yang Sama.
Dalam perkembangan lain, Fezrul tampil dalam sebuah drama baharu berjudul Dari Rahim Yang Sama yang bakal bersiaran bermula 14 April depan di slot Samarinda TV3.
Selain Fezrul, drama tersebut juga membariskan pelakon lain seperti Nabila Huda, Mhia Firdaus, Ashraf Muslim dan Angeline Tan.
"Saya harap penonton boleh terima jalan cerita ini dan merasakan kesusahan seornag ibu menjaga tiga orang anaknya sehingga terpaksa menjual diri," ceritanya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!