suria

Kehidupan masih sama selepas kahwin, Bunga Isme lebih selesa tidak terlalu berkongsi kisah rumah tangga

Bunga kini bahagia bersama Amzar.

JARANG berkongsi kisah kehidupan rumah tangga, penyanyi Bunga Isme merasakan tiada keperluan untuk dia kerap berkongsi perjalanan dilalui bersama suami. 

Biarpun berita pernikahannya kini bukan lagi rahsia, Bunga atau Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 25, bagaimanapun berpendapat kisah peribadi bukanlah suatu perkara yang perlu ditonjolkan kepada umum. 

"Selepas orang tahu kami sudah berkahwin, perasaannya sama sahaja. Tidaklah nak katakan lega atau gembira. Sekarang pun saya jarang berkongsi tentang suami. 

Bunga dan Amzar selesa hanya berkongis tentang kerjaya. 

"Kami masih meneruskan apa yang dilakukan sebelum ini. Mungkin juga saya sudah terbiasa begitu. Dia juga ada kerjanya sendiri. 

"Jika ada sesuatu yang gembira dan rasa nak kongsi saya akan buat, cuma tidak terlalu menunjuk," katanya. 

Bunga ditemui ketika majlis pelancaran projek 100 Lagu 100 Tahun yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Lama kunci mulut, akhirnya Bunga Isme mengaku sudah berkahwin tahun lalu 

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sia-sia ulang-alik jauh pergi kelas, Bunga Isme syukur akhirnya berjaya genggam ijazah sarjana muda UiTM

Bunga dan Amzar yang juga merupakan seorang penyanyi mendirikan rumah tangga pada Oktober 2023 dan ketika itu kedua-dua memilih untuk tidak menghebahkan mengenai majlis berkenaan. 

Memilih untuk disatukan dalam majlis ringkas, Bunga memberitahu dia ada alasan sendiri memilih merahsiakan mengenai perkara itu.

"Kita tidak tahu tentang perasaan serta apa yang difikirkan orang lain, jadi sebab itu kami pilih untuk tidak memberitahu kepada umum. Atas pemintaan keluarga juga kami hanya mengadakan majlis secara sederhana. 

Jika ada sesuatu yang gembira dan rasa nak kongsi saya akan buat

BUNGA ISME

PENYANYI

"Majlis tersebut berlangsung di rumah dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga serta teman rapat. Kami tidak mahu membazir dengan majlis besar-besaran. Apa yang penting adalah kehidupan selepas berkahwin," ujarnya. 

Sementara itu bercakap mengenai penglibatannya dalam projek 100 Lagu 100 Tahun, Bunga tampil berduet dengan penyanyi Kaka Azraff untuk rakaman semula karya berjudul Ulek Mayang

Tidak berfikir panjang, dia memberi kata setuju untuk sama-sama menjayakan sebuah projek yang menghimpunkan 100 lagu Melayu sejak 1900 hingga 2000.

Bunga menjadi salah seorang penyanyi dalam projek 100 Lagu 100 Tahun. 

"Apabila terima lamaran dari komposer Azmeer saya terus kata setuju tanpa dengar dahulu lagu yang ia sudah susun semula muziknya. Saya yakin dengan karya Azmeer. 

"Lagu Ulek Mayang ini sangat popular dan Azmeer beri kebebasan untuk saya meletakkan bahagian rap dengan cara sendiri," ceritanya. 

100 Lagu 100 Tahun Vol. 1 sudah mula dilancarkan dengan 25 buah lagu yang dirakam semula. 

Penyanyi lain yang turut terlibat adalah Liza Hanim, Lah Ahmad, Kaka Azraff, Bunge, Sharifah Zarina dan ramai lagi. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain