PROGRAM adiwira Ultraman yang menjadi sebahagian daripada ‘kehidupan’ rakyat Malaysia terus kukuh dengan penganjuran Siri jelajah Ultraman The Ultra Tour yang diadakan di Pusat Beli Belah Sunway Piramid pada Khamis.
Istimewanya, ia turut menghimpunkan peminat adiwira itu dari pelbagai generasi menerusi pelbagai aktiviti interaktif dan menarik.
Lebih bermakna dengan kemunculan istimewa pelakon Jepun yang membawa watak Yuma Hize/Ultraman Arc iaitu Yuki Totsuka untuk bertemu peminat dalam sesi eksklusif ramah mesra.
Ia merupakan hasil kerjasama Tsuburaya Fields Entertainment International Pte. Ltd. (TFEI), One Universal Production Sdn. Bhd. (OUP).
Ketua Pegawai Eksekutif One Universal Production Sdn. Bhd. Alvin Lee (dua dari kanan) menerima ASEAN Records selepas berjaya menghimpunkan 270 orang peminat Ultraman disaksikan oleh Pengerusi Finas, Datuk Kamil Othman (tiga dari kiri).
Acara itu merupakan hasil kerjasama antara Tsuburaya Fields Entertainment International Pte. Ltd. (TFEI), One Universal Production Sdn. Bhd. (OUP), dan Sunway Malls.
Ia disempurnakan oleh Pengerusi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Fians) Datuk Kamil Othman, dengan kehadiran wakil dari pelbagai agensi kerajaan serta Kedutaan Jepun, sekali gus menekankan kepentingan kolaborasi ini dalam memperkukuh hubungan budaya dan hiburan antara Malaysia dan Jepun.
“Kerjasama ini bukan sahaja mengangkat warisan Ultraman di Malaysia, tetapi juga menunjukkan kepentingan kolaborasi antarabangsa dalam memperluaskan impak dan jangkauan kandungan kreatif.
Seramai 270 peminat Ultraman dari seluruh Malaysia mencatatkan rekod membanjiri Blue Concourse di Sunway Pyramid untuk menyaksikan pelancaran Ultraman The Ultra Tour.
“Hak intelek seperti Ultraman telah membentuk budaya pop global, dan pelancaran jelajah ini membuktikan bahawa Malaysia mampu menjadi destinasi menarik bagi perkongsian sebegini,” katanya.
Salah satu detik kemuncak majlis ini menyaksikan OUP menerima pengiktirafan rasmi daripada ASEAN Records selepas berjaya menghimpunkan 270 orang peminat Ultraman dalam pakaian bertemakan wira legenda ini – perhimpunan terbesar seumpamanya di Malaysia.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif One Universal Production Sdn. Bhd. (OUP), Alvin Lee gembira melihat sambutan hangat peminat Malaysia terhadap Ultraman.
“Ultraman telah menjadi sebahagian daripada zaman kanak-kanak kebanyakan rakyat Malaysia, dan melihat wira ini yang terus berkembang adalah sesuatu yang mengagumkan. Membawa Ultraman The Ultra Tour ke Malaysia adalah satu projek istimewa buat kami,” katanya.
Yuki Totsuka yang memegang watak Yuma Hize dan Ultraman Arc, membuat kemunculan istimewa sebagai hadiah untuk peminat Ultraman.
Selepas pelancaran di Sunway Pyramid, jelajah ini akan diteruskan ke lokasi Sunway Malls lain di seluruh Malaysia iaitu di Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya, Pulau Pinang, Sunway 163 Mall, Mont Kiara, Kuala Lumpur, Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur, Sunway Big Box Retail Park, Iskandar Puteri, Johor dan Sunway Kluang Mall, Kluang, Johor.
Ultra Tour ini menjanjikan pengalaman penuh aksi dengan pelbagai aktiviti menarik, termasuk sesi ramah mesra bersama Ultra Heroes, Inflatable Playland bertemakan Ultraman, demonstrasi permainan Gigabash, serta pelbagai barangan eksklusif Ultraman yang boleh didapati di pusat beli-belah Sunway.
Selain hiburan, strategi pemasaran dan penjenamaan turut diperkenalkan bagi memperkukuh kehadiran Ultraman di Malaysia.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!