suria

Reda dengan pemergian anak, ada sebab ibu mentua tak datang tengok arwah isteri Ridzokumura

Ridzuan berharap arwah Akiko akan muncul dalam mimpinya.

MASIH diselubungi kesedihan, usahawan dan pempengaruh Ridzuan Ridzokumura bagaimanapun tetap terbuka melayani soalan-soalan diajukan netizen berhubung kematian isterinya iaitu Akiko Okumura. 

Terbaharu, Ridzuan atau Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 50, menjawab persoalan ramai yang bertanyakan tentang reaksi ibu Akiko apabila menerima berita kematian anak tunggalnya itu. 

Kata Ridzuan, ibu mentuanya sudah boleh menerima takdir pemergian anak tersayang namun tidak dapat menziarahi Allahyarham disebabkan menetap jauh di Jepun selain usianya sudah lanjut. 

"Sewaktu kejadian saya ada hubungi ibu mentua dan mestilah dia menangis, tak boleh terima seperti saya juga. 

Ridzuan membuat perkongsian menerusi sesi siaran langsung di TikTok.

"Selepas ketiadaan Akiko, ibu mentua kerap menghubungi kami setiap hari.

"Nenek Sky umur sudah lebih 80 tahun. Nak datang jauh, tambah pula dia sudah berumur," katanya.

Ridzuan berkongsi perkara itu menerusi sesi siaran langsung yang dilakukan di TikTok miliknya pada Khamis. 

Dalam pada itu, Ridzuan memberitahu dia kini sudah kembali ke rumahnya di Subang Jaya kerana merindui kediamannya bersama isteri.

Malah Ridzuan berharap arwah Akiko akan muncul dalam mimpinya kerana terlalu merindui bertemu dengannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri usahawan Ridzuan Ridzokumura meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Ridzokumura akhirnya ada kekuatan cerita insiden isteri maut jatuh bangunan, bunyi dentuman disangka kemalangan 

"Saya cakap dengan Zarina saya nak juga balik ke rumah sebab saya rindu dengan rumah ini. 

"Kalau boleh saya nak mimpi arwah, nak nampak kelibat dia sebab orang kata dalam masa 40 hari arwah ada di rumah. 

"Manalah tahu kalau rezeki saya dapat jumpa dia. Saya nak sangat tengok dia, nak cakap dengan dia," ujarnya.

Pada 28 Februari lalu memaklumkan isterinya meninggal dunia namun punca kematian tidak didedahkan.

Bagaimanapun pada Selasa lalu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan wanita warga Jepun yang maut di sebuah kondominium merupakan isteri kepada usahawan berkenaan.

Ridzuan meluahkan rasa rindu terhadap Akiko.

Ridzuan menerusi video siaran langsung di TikTok memberitahu dia langsung tidak menyedari Akiko terjatuh dari kondominium mereka kerana sudah tertidur terlebih awal pada hari kejadian.  

Jenazah Wanita berusia 50-an itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 di Subang Jaya pada 1 Mac lalu.

Untuk rekod, Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko pada Februari 2009.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura yang kini berusia 13 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain