suria

Kerap ditanya keluarga soal jodoh, Trisha Ooi sudah sedia jawapan

Trisha harap karier jadi bualan keluarga.

APABILA ahli keluarga dan sanak saudara berkumpul pada hari raya, inilah masanya pelbagai soalam cepumas akan ditanya termasuk tentang jodoh bagi yang belum berkahwin.

Bagi pelakon Trisha Ooi dia tidak pernah terguris atau metalah apabila ditanya tentang perkara itu sebaliknya sudah bersedia dengan jawapan. 

Trisha atau Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, 26, yang beraya di Kluang, Johor bagaimanapun berharap pertanyaan tahun ini lebih kepada kariernya memandangkan banyak pencapaian berjaya diraih sejak kebelakangan ini.

Trisha melatah ditanya soal jodoh.

"Normal sebenarnya bila keluarga tanya sama ada saya masih single, ada bawa siapa pulang beraya dan ada pula nak kenalkan saya dengan lelaki. 

"Tapi itulah, saya pun tak tahu jodoh pergi mana. Sesat kot. Saya okay saja dan layan saja soalan-soalan sebegitu. Sejak dua tiga tahun ini saja asyik dapat soalan sama.

“Cuma saya harap, tahun ini mereka (keluarga) lebih fokus pada karier saya,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Trisha Ooi sanggup tindik kening demi watak, terbuka terima teguran terlalu seksi

ARTIKEL BERKAITAN: Trisha Ooi terperangkap di Genting Highlands akibat tanah runtuh

Menurut Trisha, ibunya sebelum ini juga pernah bertanya mengenai teman lelaki selepas melihat dia tidak pernah membawa pulang seseorang yang istimewa.

Namun ibunya kini lebih memahami dia mahu memberi fokus pada karier selepas melihat jadul kerjanya yang padat.

“Sebelum saya fokus pada bidang seni, mummy saya ada tanya sebab saya tak pernah bawa balik kekasih atau kawan lelaki untuk dikenalkan pada keluarga. 

Trisha sedang fokus kembangkan kerjaya.

“Tapi bila saya semakin serius dalam bidang seni sebagai pelakon, mummy saya lebih memahami saya sekarang tengah sedang mengejar impian,” ujarnya. 

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri One Cent Thief ini juga memberitahu tiada lelaki mendekatinya dan dia juga belum bersedia untuk bercinta.

"Alhamdulillah buat masa sekarang tiada ‘menganggu’ saya lagi.

“Saya pun memang mahu fokus sepenuhnya kepada lakonan ketika ini," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain