KETERUJAAN pelawak Saiful Apek untuk bertemu Yassin bertukar hampa apabila rakannya itu masih belum dapat pulang ke Malaysia.
Menurut Saiful atau Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 56, ia susulan beberapa prosedur perlu dijalani oleh Yassin terlebih dahulu yang kini ditahan di Arab Saudi.
"Saya pernah beritahu sebelum ini dia balik sebelum Aidilfitri tetapi ini melibatkan antara kerajaan.
Apek harap kepulangan Yassin dapat tamatkan segala spekulasi.
“Ada beberapa masalah seperti visa dan dia juga perlu melalui satu lagi proses pemindahan.
"Saya pun tidak tahu bagaimana prosedurnya. Cuma saya boleh katakan dalam masa terdekat," katanya kepada mStar.
Apek ditemui ketika majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonannya berjudul 6 Jilake yang berlangsung di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada Rabu.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kehilangan amat dirasai, Wahid rindu lama tak jumpa Yassin
ARTIKEL BERKAITAN: Yassin dijangka pulang sebelum hari raya, Saiful Apek dapat ‘video call’ terkejut tengok makin berisi
Tambah Apek dia sendiri tidak sabar untuk menantikan kepulangan rakannya itu untuk mendengar sendiri apa yang telah berlaku sepanjang dia berada di sana.
"Saya akan sambut apabila dia sampai nanti. Kita kenalah beri masa dia rehat dahulu. Dia ada banyak cerita nak kongsikan.
"Setiap kali terima voice note dari dia, saya tak mahu tahu apa yang berlaku dan minta dia cerita apabila sampai di Malaysia nanti," katanya.
Kita kenalah beri masa dia rehat dahulu. Dia ada banyak cerita nak kongsikan
SAIFUL APEK
PELAKON/PELAWAK
Dalam masa sama Apek juga berharap kepulangan Yassin nanti akan menutup segala spekulasi selepas tular berita mendakwa rakannya itu ditahan di Lapangan Terbang Raja Abdulaziz, Jeddah pada Oktober tahun lalu kerana memiliki ganja.
Baginya biarlah Yassin sendiri menjelaskan situasi sebenar tentang punca dia ditahan.
"Saya teruja dia bakal pulang. Tak mahu lagi andaian dan tohmahan berlarutan. Hanya buat 'dosa kering' untuk orang lain.
Yassin tiada dalam beberapa aktiviti Senario sebelum ini.
"Tuan badan lebih afdal untuk cerita apa yang berlaku. Apabila dia dibebaskan mesti ada sesuatu yang kita tak tahu," jelasnya.
Ketiadaan Yassin sebelum ini menjadi tanda tanya apabila dia dilihat tidak bersama kumpulan Senario dalam beberapa acara.
Apek kemudian membuka mulut rakaanya itu tidak ditahan dipenjara sebaliknya di sebuah pusat pemulihan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube