suria

Wanita kutuk Puteri Balqis selekeh, ‘private’ akaun lepas kena 12 kecaman

Puteri Balqis menyindir seorang individu yang dilihat seolah tidak tahan diserang oleh netizen.

KUAT berdepan pelbagai dugaan, pelakon Puteri Balqis tidak mudah melatah apabila menerima komen kritikan pengikut di media sosial. 

Bagi Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish, 17, setiap fitnah atau kata-kata negatif yang pernah dilemparkan bukanlah satu penghalang untuk dia meneruskan kehidupan. 

Secara sinis dia turut menyindir seorang individu yang dilihat seolah tidak tahan diserang oleh netizen selepas meninggalkan kecaman terhadap dirinya. 

Sebelum ini seorang wanita menulis Threads menulis pendapatnya tentang Balqis.

Sebelum ini seorang wanita menulis Threads menulis pendapatnya tentang Balqis.

"Bayangkan saya dan ibu, bertahun difitnah dan menerima ribuan komen benci. Tapi kami masih lagi di sini (bertahan). 

"12 komen kebencian dan akaun anda akhirnya dalam mod privasi," katanya. 

Aqish menulis perkara tersebut di Instagram pada Ahad berserta tangkap layar komen individu berkenaan yang memperlekehkan rupa parasnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Makin cantik sampai netizen samakan seperti Megan Fox... Puteri Balqis tetap nampak wajah ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Surat untuk Fatima luahan hati Puteri Balqis, tak mahu anak Fattah dan Fazura lalui pengalaman sama

Menerusi semakan, pemilik akaun berkenaan yang dipercayai seorang wanita telah meletakkan mod privasi susulan komen balas pengikut yang mempertahankan Aqish. 

Dalam hantaran sama, pelakon itu juga sempat berpesan kepada wanita berkenaan agar berani berdepan segala kemungkinan atas perbuatan yang telah dilakukan. 

"Kalau awak tak boleh kendalikan 12 komen kecaman, macam mana nak melindungi anak perempuan awak? 

Balqis (kanan) dan ibunya sering menjadi mangsa fitnah dan hinaan di media sosial.

Balqis (kanan) dan ibunya sering menjadi mangsa fitnah dan hinaan di media sosial.

"Jika ingin bercakap buruk, jangan nampak keburukan sendiri dan bersedialah sekiranya keburukan itu kembali pada awak," ujarnya. 

Wanita berkenaan sebelum itu didakwa memuat naik sebuah hantaran di Threads meluahkan pendapat peribadinya mengenai penampilan Aqish. 

Meskipun memuji bakat lakonan yang dimiliki Aqish, namun wanita itu menganggap penampilan aktres berkenaan selekeh dan gaya dibawa tidak sesuai dengan usia sebenar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain