Pelakon Anzalna Nasir berjaya mengatasi ketakutannya apabila menaiki kapal selam (submarine) buat pertama kali bersama keluarga ketika bercuti di Maldives.
Anzalna atau Nur Anzalna Md Nasir, 37, mengakui panik sebaik sahaja kapal selam itu turun ke dasar laut, sehingga hampir meminta perjalanan berkenaan dibatalkan.
“Dalam gila dia bawa! Dia tahu tak dalam hati saya sudah menjerit nak keluar dari submarine ini.
Anzalna kongsi perjalanan menyelam ke dasar laut.
“Saya serius nak suruh mereka patah balik. Saya tak kisah pun berapa banyak yang saya bayar, saya sudah rasa anxiety!," katanya.
Anzalna berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Isnin.
Menerusi video dikongsi, dua anak lelakinya kelihatan teruja melihat keindahan laut.
ARTIKEL BERKAITAN: Anzalna mudah kasihan dengar cerita sedih, 5 tahun tunggu kawan-kawan bayar hutang – “Mungkin sudah meninggal kot”
ARTIKEL BERKAITAN: Anzalna tak paksa anak-anak kerja, jadi model sekadar cipta kenangan waktu kecil
Bagaimanapun demi memberi pengalaman berharga kepada dua anaknya iaitu Eidress dan Emirhan, dia tetap menggagahkan diri meneruskan aktiviti tersebut.
Malah perasaan takut juga bertukar kagum apabila mereka sekeluarga dapat melihat pemandangan menakjubkan di laut dalam.
“Sebenarnya saya takut, tetapi saya mahu anak-anak saya merasai pengalaman turun ke laut dalam.
"Masya-Allah, Eidress dan Emirhan sungguh bertuah dapat menyaksikan makhluk secantik ini.
Anzlana bersama suami dan dua orang anaknya.
“Hilang terus anxiety mummy! Ia adalah pengalaman indah buat kami semua!," luhanya.
Untuk rekod Anzalna mendirikan rumah tangga dengan suaminya iaitu Hanif Zaki pada 2016.
Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mohamad Eidrees, 6, dan Mohamad Emirhan, 3 tahun
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube