BUKAN mudah perjalanan bagi pengarah dan penerbit Nadia Khan menghasilkan Gantung: Musketeer Code sebelum filem berkenaan ditayangkan di pawagam.
Kata Nadia atau Nadia Mohammad Hatta, pada awalnya beberapa individu bersetuju untuk menanggung kos perbelanjaan sebanyak RM550,000 bagi menghasilkan filem tersebut.
Namun, tiga bulan sebelum penggambaran bermula pada 2023, individu terbabit mendiamkan diri tanpa memaklumkan sebarang berita.
Nadia (kiri) mengeluarkan wang sendiri untuk menampung kos perbelanjaan selebihnya.
“Kami sepatutnya mendapat pembiayaan daripada individu tertentu termasuk orang dalam industri sendiri. Saya juga tidak sangka akhirnya mereka menyepi begitu sahaja.
“Kami menerima dana sumbangan awam sebanyak RM200,000 jadi selepas melakukan pengiraan bajet, kami memerlukan lagi RM550,000.
“Bila dijanjikan akan membiaya kos penggambaran selebihnya, kami mulakan sahaja penggambaran tapi tiada sebarang khabar berita diterima selepas itu,” katanya kepada mStar.
ARTIKEL BERKAITAN: Novel fixi ‘Gantung’ ke layar perak, hasil dana sumbangan awam RM200,000
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Wanita Filipina tawan hati Ben Amir, keputusan hijrah bukan kerana kekasih
Dalam pada itu, Nadia memberitahu dia terpaksa meminta bantuan kewangan daripada rakan-rakan dalam industri termasuk pelakon Liyana Jasmay.
Kongsi Nadia, dia juga turut mengeluarkan wang sendiri sebanyak RM300,000 untuk menampung kos penggambaran filem tersebut.
“Untuk dapatkan jadual semua pelakon sangatlah mencabar. Ramai kru terlibat dan nak susun jadual pelakon pun susah. Penggambaran pun dilakukan hanya dalam masa 13 hari.
Lagi RM300,000 saya terpaksa mengeluarkan wang daripada poket sendiri.
NADIA KHAN
PENGARAH & PENERBIT
“Sewaktu penggambaran sudah dimulakan, saya meminta bantuan daripada rakan-rakan industri termasuk Liyana Jasmay dan bos buku Fixi sendiri yang membantu daripada segi penjualan buku.
“Jadi lagi RM300,000 saya terpaksa mengeluarkan wang daripada poket sendiri,” ujarnya.
Diadaptasi daripada novel buku fixi berjudul Gantung hasil karya Nadia sendiri, drama berkenaan mengangkat kisah empat sekawan iaitu Gibbs, Ray, Troll dan KJ yang merupakan pelajar tahun akhir di salah sebuah sekolah elit.
Selepas tujuh tahun, ia diangkat ke layar perak menjadi filem Gantung: Musketeer Code terbitan Neddo Works.
Dari kiri: Brandon, Ikmal, Hafreez, Taufiq, Ben dan Shazia selaku peneraju utama.
Untuk merealisasikan projek filem ini, Nadia memulakan usaha crowdfunding pada Januari 2020 di mana sebanyak RM200,000 berjaya dikumpul melalui penjualan buku Musketeers, baju kemeja T dan cenderamata.
Gantung: Musketeer Code menampilkan barisan pelakon termasuk Ikmal Amry, Ben Amir, Hafreez Adam, Brandon Lim, Shazia Rozaini dan Taufiq Hanafi.
Filem tersebut akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula pada 5 Jun ini.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
@mstarmalaysia AEON Bank tawar 8x mata ganjaran, pulangan tunai, hadiah menarik dan gamifikasi Neko Missions sempena ulang tahun pertama #beritaditiktok #viral #fyp #sembangentertainment Mozart Minuet with violin(815356) - 松本一策