SUSULAN pendedahan seorang pelakon wanita putus tunang disebabkan faktor kewangan, usahawan sensasi Kak KM menyifatkan keputusan tersebut adalah sebagai tidak wajar.
Kak KM atau Liana Rosli, 44, berpendapat pelakon berkenaan tidak sepatutnya mempersoalkan kewangan bakal suami kerana status mereka masih berlum berkahwin.
Malah dia secara terbuka menggelar wanita sebegitu sebagai seorang yang terlalu mementingkan kekayaan.
Kak KM sewaktu melakukan sesi siaran langsung di TikTok.
"Sebenarnya kalau putus tunang disebabkan RM500, bukan lagi mata duitan, tapi gila harta. Kau kena ingat, kalau dalam bank dia (lelaki) ada RM500 juta sekali pun, jika bukan untuk kau tetap tak jadi milik kau.
"Kena ingat satu hal, duit dia adalah duit dia. Kau belum kahwin pun,” katanya.
Kak KM berkongsi perkara itu menerusi sesi siaran langsung di TikTok miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Saidah Kamarudin menyesal kenal Muntazar Ghufran, bekas tunang tak ada duit belum layak kahwin
ARTIKEL BERKAITAN: Muntazar Ghufran ada banyak duit pelaburan, dakwa ditampar bekas tunang sampai tercampak cermin mata
Dalam pada itu, Kak KM turut memberikan nasihat kepada pelakon berkenaan agar dapat menerima pasangan seadanya demi menjaga keharmonian rumah tangga yang dibina kelak.
Kongsi usahawan itu lagi, dia dan suami iaitu Razman Ramli tidak mempunyai harta di awal fasa perkahwinan, namun tetap bahagia mengharungi kesusahan bersama.
"Memang di awal perkahwinan saya dan suami tak ada apa-apa. Tapi itulah gunanya perkahwinan, susah sama-sama.
"Barulah kita boleh kekal sampai sekarang kerana kita tahu cara menghargai pasangan ,” ujarnya.
Sebelum ini, ketika ditemubual mStar, pelakon Saidah Kamarudin mendakwa bekas tunangnya iaitu Muntazar Ghufran hanya mempunyai RM500 di dalam bank sekali gus menganggap aktor berkenaan tidak layak untuk berkahwin.
Kak KM (kanan) sempat menitipkan nasihat mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.
Bagaimanapun, Muntazar menafikan dakwaan itu dan menjelaskan dia menyimpan wang dalam bentuk pelaburan.
Untuk rekod, Saidah dan Muntazar mengikat tali pertunangan pada 5 Mei 2024 selepas berkenalan lebih setahun.
Namun pada Mac lalu, pasangan ini mengumumkan mereka membawa haluan masing-masing sejak Oktober 2024.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube