PESERTA program realiti Big Stage Alpha (BSA), Rizal Rasid tidak menyangka persembahan mereka menerusi lagu Gento nyanyian SB19 pada minggu separuh akhir mendapat perhatian daripada peminat di Filipina.
Rizal, 25,berkata, ramai warga Filipina di media sosial memuji peserta BSA kerana menyampaikan lagu bahasa Tagalog itu dengan jelas dan tepat.
“Saya sempat baca komen di YouTube dan TikTok dan sangat terkejut apabila rata-ratanya berasal dari Filipina.
Rizal menyifatkan komen positif yang diterima sebagai pemangkin semangat.
“Saya rasa lebih kurang 80 peratus komen memang dari sana (Filipina). Untuk masuk pasaran Filipina, ia bukanlah satu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi datang daripada pasaran muzik Melayu.
“Tapi bila kami tengok sambutan daripada peminat negara itu, kami rasa sangat gembira,” katanya kepada mStar.
Rizal berkongsi perkara itu ketika ditemui di acara Showcase Big Stage Alpha yang diadakan di Pavilion, Kuala Lumpur pada malam Rabu.
ARTIKEL BERKAITAN: Juri guna imuniti selamatkan Afiq Sky, 2 peserta tersingkir suku akhir Big Stage Alpha
ARTIKEL BERKAITAN: Juri enggan guna imuniti, Que tersingkir minggu ke-4 Big Stage Alpha
Dalam pada itu, Rizal memberitahu cabaran yang dilalui di peringkat separuh akhir program BSA semakin sukar kerana mereka bukan sahaja perlu membuat tiga tugasan persembahan malah dikehendaki menyanyikan lagu dalam bahasa Korea.
Kongsi Rizal, dia menghargai setiap pujian yang diterima dan menyifatkan komen positif netizen sebagai pembakar semangat untuk memberikan persembahan lebih baik.
“Pada minggu separuh akhir lalu kami bukan saja perlu menyanyikan lagu bahasa Tagalog, tetapi diminta melakukan dua persembahan termasuk lagu Korea.
Rizal bakal bersaing di pentas akhir BSA pada malam Ahad.
“Namun apabila dapat sokongan positif peminat terutama dari peminat Filipina, kami lebih bersemangat.
"Segala komen positif yang diterima kami ambil sebagai motivasi dan semangat untuk lakukan persembahan lebih baik,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Rizal bakal bersaing dengan enam lagi peserta BSA termasuk Araff, Daniel Sher, Izzat Ibrahim, Afiq Sky dan Ray D di pentas akhir yang akan berlangsung pada malam Ahad.
Dihoskan oleh pengacara Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage Alpha boleh ditonton secara langsung di Astro Ria (saluran 104), pukul 9 malam.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube