suria

Isteri sorok jantina bayi, Fizo Omar baru tahu dapat anak lelaki dalam bilik bersalin

Fizo luah rasa syukur isteri selamat bersalin.

ISTERI kepada pelakon Fizo Omar selamat malahirkan cahaya mata ketiga mereka di sebuah pusat perubatan di Seri Kembangan, Selangor pada petang Selesa. 

Bayi lelaki seberat 3.52 kilogram itu dilahirkan secara normal pada pukul 5.19 petang. 

Meluahkan rasa syukur, Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar, 40, memberitahu isterinya iaitu Fazeera Nazri Azrai tidak pernah berkongsi jantina anak mereka itu sejak awal kehamilan. 

Isteri buat kejutan untuk Fizo. 

"Hari bayi dilahirkan semalam (Rabu) juga menjadi gender reveal buat kami sekeluarga. Sebenarnya isteri rahsiakan jantina anak sebab dia mahu beri kejutan.  

"Setiap kali pemeriksaan ketika hamil saya tidak akan lihat jantina. Malah barang-barang bayi yang baru beli pun dia akan sorokkan. 

"Bagaimanpun saya sudah boleh agak. Maklumlah sebelum ini ada tiga anak perempuan. Apabila dia beriya nak buat kejutan saya sudah boleh rasa kali ini lelaki," katanya ketika dihubungi mStar. 

ARTIKEL BERKAITAN: Individu persoal kehamilan ketiga, isteri Fizo Omar pesan jangan jatuhkan sesama wanita 

ARTIKEL BERKAITAN: Makin besar keluarga Fizo Omar, isteri hamil anak ketiga

Bercakap lanjut, kata Fizo ia bagaikan sebuah penantian sebagai seorang yang bapa yang mahu anak lelaki dalam keluarga. 

Terjua menyambut kelahiran bayi, dia juga diberi peluang untuk membantu ketika proses isteri bersalin. 

"Bukan sahaja dapat peluang sambut baby, tetapi saya rasa sendiri proses menarik bayi keluar. Kemudian saya yang bersihkan sendiri bayi. 

Fizo dan Fazeera bersama anak mereka. 

"Semua proses ketika bersalin itu saya dapat rasa. Satu pengalaman yang cukup bermakna," ujarnya. 

Untuk rekod Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021. 

Mereka memiliki dua roang cahaya mata bersama iaitu Wan Khaleeda, 3, dan Wan Umaira, 2 tahun. 

Fizo juga memiliki seorang lagi anak perempuan iaitu Wan Mariam, 8, hasil perkahwinan terdahulu. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain