suria

Peminat novel mahu boikot drama ‘Thariq Ridzuwan’, dakwa pengarah bersikap angkuh... "Rasa ‘turn off’ nak tengok"

Peminat mahu boikot drama arahan Eyra Rahman.

MESKIPUN belum ditayangkan, namun drama adaptasi novel popular Thariq Ridzuwan: His Treasure berdepan desakan boikot daripada peminat tegar karya asal.

Kontroversi tercetus apabila pengarah drama berkenaan, Eyra Rahman, didakwa bersikap angkuh selepas memberi komen sinis terhadap penulis asal novel tersebut, Huda Najwa pada sidang media yang berlangsung pada 10 Jun lalu. 

“Penulis dengan angan-angan yang dia tak perlu fikir, macam mana nak shoot, macam mana nak bajet. Saya tak salahkan penulis.

Peminat novel meluahkan rasa bengang dengan kenyataan Eyra.

"Saya tak salahkan penulis, dia hanya duduk depan komputer riba menulis, dalam visual lain sebab banyak faktor seperti bajet, hari dan cuaca," katanya. 

Menerusi beberapa ciapan yang tular di platform X dan Threads, Eyra dikatakan memperlekeh pandangan peminat yang mengkritik perubahan dalam adaptasi berkenaan.

Tinjauan di media sosial mendapati rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap pengarah tersebut yang dianggap tidak profesional dan memandang rendah karya asal yang sudah lama mendapat tempat di hati pembaca.

"Baru jadi pengarah adaptasi dah besar kepala. Kalau tak pandai hormat karya orang, jangan buat! 

ARTIKEL BERKAITAN: Meerqeen tak layan kecaman netizen, turun 12 kg demi ‘Thariq Ridzuwan’

ARTIKEL BERKAITAN: Haidar Hasanudin pegang prinsip tak main telefon di set penggambaran, pasang impian berlakon filem ketenteraan

"Kami peminat dari zaman sekolah. Jangan fikir kami tak kisah bila orang luar rosakkan karya yang kami sayang.

"Belum mula tayang tapi dah rasa 'turn off' nak tengok," tulis netizen.

Susulan kontroversi itu, tanda pagar seperti #BoikotThariqRidzuwan dan #RespectHudaNajwa mula tular di media sosial sebagai simbol solidariti terhadap Huda.

Malah difahamkan penulis itu juga turut berkecil hati dengan cara pengolahan drama adaptasi tersebut.

Eyra bersama pelakon-pelakon drama Thariq Ridzuwan: His Treasure.

Setakat ini, pihak produksi dan penyiar masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi menjelaskan situasi sebenar. 

Drama Thariq Ridzuwan: His Treasure akan mula ditayangkan pada 23 Julai ini menerusi saluran di Astro Ria, Astro One, Astro GO dan aplikasi Sooka.

Antara pelakon yang turut serta menjayakan drama tersebut ialah Meerqeen, Qasrina Karim, Evertts Gomes, Thompson Goh, Noki K‑Clique, Afiq Hamidon, dan Edaman Othman.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain