SELEPAS teruk dikecam netizen, pelakon Alya Iman bertindak membuat laporan polis berhubung dakwaan dirinya menjadi orang ketiga dalam rumah tangga pasangan selebriti.
Alya atau Nur Alya Iman Azmil, 24, berkata dakwaan tersebut bukan saja memburukkan nama baikn namun turut menjejaskan kesihatan mental dirinya.
Tambah Alya lagi, tuduhan berkenaan hanya andaian yang dibuat netizen dan tidak mempunyai bukti sahih.
Perkongsian Alya di media sosialnya.
"Akibat daripada isu ini, saya telah menjadi sasaran tohmahan dan fitnah oleh netizen yang menyebarkan pelbagai kenyataan tidak berasas, mencaci, serta melabel saya.
"Segala tuduhan tersebut adalah fitnah yang mencemarkan nama saya. Disebabkan penyebaran fitnah ini, saya telah mengalami tekanan, kehilangan reputasi, dan kerjaya turut terjejas akibat kecaman terbuka oleh masyarakat.
"Spekulasi dan kata-kata kesat yang dilemparkan secara bebas di media sosial berlaku tanpa sebarang bukti yang sah," katanya.
Alya berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Alya Iman berang dituduh perosak rumah tangga Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin… “Saya tak simpan nombor dia”
ARTIKEL BERKIATAN: Teguran netizen buatkan Alya Iman nekad ‘berkampung’ di gim, berjaya turun berat selepas tiga minggu
Dalam hantaran lain turut memaparkan Alya mengenakan baju berona hijau berada di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Kata Alya, tindakan yang diambil sebagai amaran agar netizen tidak sewenang-wenangnya menyebarkan fitnah melibatkan dirinya.
"Sebagai langkah mempertahankan diri dan maruah, saya mengambil tindakan dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa terhadap segala tohmahan serta fitnah yang dilemparkan.
Saya tidak menafikan saya bukanlah insan sempurna.
ALYA IMAN
PELAKON
"Saya juga berharap tindakan ini dapat memastikan keadilan ditegakkan melalui saluran undang-undang yang sewajarnya dan menjadi pengajaran kepada mana-mana individu agar lebih bertanggungjawab terhadap apa yang disebarkan di media sosial," katanya.
Dalam pada itu, Alya berkata kisah lalunya menjadi pengajaran buat dirinya untuk menjadi insan lebih baik pada masa akan datang.
"Saya tidak menafikan saya bukanlah insan sempurna. Namun, apa yang berlaku pada masa silam biarlah menjadi pengajaran.
"Saya memilih untuk tidak mengulanginya dan terus melangkah ke hadapan dengan lebih baik," kongsinya.
Alya harap netizen berhenti sebar perkara tak betul.
Meskipun tidak menyebut nama, dipercayai laporan itu dibuat selepas namanya dikaitkan dengan dakwaan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga pasangan Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin.
Dalam satu temu bual bersama mStar, Alya bagaimanapun menyangkal perkara tersebut.
Katanya, dakwaan itu mula timbul kerana dia dan Yusuf sama-sama membintangi drama Si Bakhil dan Bunganya yang sedang ditayangkan di Astro One.
Pada awal Julai lalu, nama Zizi dan Yusuf menjadi bualan selepas dilihat tidak lagi saling menjadi pengikut di media sosial.
Alya dan Yusuf sering bersama untuk promosikan drama mereka.
Malah beberapa perkongsian luahan dalam laman Threads juga menimbulkan tanda tanya seolah-olah dia memberi bayangan sedang berdepan masalah.
Pun begitu, Zizi dalam satu kenyataan memberitahu luahan tersebut tidak sepatunya disalah tafsir oleh mana-mana pihak.
Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan, All Together Now Malaysia.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube