suria

Tak mahu susahkan Ebby Yus bergerak jauh, Ajak hadiahkan cawangan restoran kedua... Lebih dekat dengan rumah

Ajak sekali lagi membuat kejutan buat Ebby.

PELAWAK dan penyampai radio Suria FM, Ajak sekali lagi membuat kejutan buat rakan artis Ebby Yus dengan menghadiahkan cawangan baharu restoran miliknya. 

Selepas melihat usaha Ebby menguruskan restoran sebelum ini, Ajak berbesar hati untuk membuka satu lagi cawangan yang berdekatan dengan rumah rakannya itu. 

Kata Ajak ia bagi memudahkan urusan Ebby untuk ke restoran kerana tidak perlu bergerak jauh. 

Ajak menyerahkan dokumen untuk pengurusan restoran baharu kepada Ebby. 

"Ebby memang selalu datang kedai sehingga buat saya rasa segan. Saya jadi kesian dan terfikir bagaimana untuk buat dia tak penat. 

"Dia memang suka datang sebab mahu bersembang dengan pelanggan restoran," katanya. 

Ajak berkongsi perkara tersebut dalam sebuah video yang dimuat naik di laman sosial miliknya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Ingatkan Ajak bergurau, Ebby Yus sampai hilang kata-kata… Mahu urus sendiri restoran baharu 

ARTIKEL BERKAITAN: Buka cawangan kedua restoran, Ajak murah hati serah gaji dan keuntungan kepada Ebby Yus

Menerusi video berkenaan dia hadir ke rumah Ebby yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk menyerahkan dokumen perjanjian bagi pengurusan cawangan baharu itu. 

"Selepas ini Ebby boleh selalu datang sebab dekat betul dengan rumah. Ini cawangan baru untuk Ebby jaga," ujarnya. 

Terharu dengan pemberian itu, Ebby turut meluahkan rasa syukur apabila terus diberi kepercayaan untuk membantu dalam perniagaan. 

Ebby teruja memulakan operasi di restoran baharu. 

"Terima kasih dan tak tahu nak cakap bagaimana. Dalam keadaan begini bukan sahaja diberi rezeki tetapi dapat juga berkongsi rezeki," luahnya. 

Sebelum ini Ajak menyerahkan cawangan restoran miliknya yang terletak di Pasar Seni, Kuala Lumpur untuk diuruskan Ebby sebagai bantuan kepada pelawak itu terus mencari rezeki. 

Mengikut perjanjian terdahulu, Ebby mendapat peratus daripada keuntungan jualan bulanan selain gaji penuh sebagai pemilik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain