LAMA menyepi daripada dunia seni, aktres Datin Niena Baharun menegaskan dia tidak pernah berhenti berlakon.
Kata Niena atau Amaniena Kamarul Baharun, 32, dia turut menepis tanggapan sesetengah pihak yang menyangka suaminya tidak memberi izin untuk terus aktif dalam bidang itu.
"Suami tiada masalah untuk saya terus berlakon. Cuma selepas berkeluarga masa sedikit terhad. Anak-anak masih kecil dan saya harus memberi fokus sebelum ini.
Niena banyak memberi fokus menguruskan keluarga.
"Ramai yang sangka saya sudah tidak berlakon. Tetapi saya tidak pernah berhenti.
"Saya sudah kenal suami sejak tujuh tahun sebelum kami berkahwin. Dia tahu ini adalah kerjaya dan minat saya," katanya kepada mStar.
Menurut Niena selepas berkahwin dia meletakkan batasan hanya menerima beberapa tawaran dalam masa setahun.
ARTIKEL BERKAITAN: Niena Baharun tinggalkan kondo mewah demi mentua, selesa duduk ramai-ramai - “Hidup empat beranak je bosan juga”
ARTIKEL BERKAITAN: Niena Baharun kongsi anak 3 tahun belum lancar bercakap tapi dah pandai mengaji... Sanggup tahan mata tengah malam nak baca al-Quran
Biarpun kerjaya sedikit perlahan, pelakon ini sentiasa percaya kepada rezeki dan tidak menganggap pengorbanan memberi fokus kepada keluarga suatu yang merugikan.
"Kalau ikutkan sudah dua tahun saya tidak berlakon. Ada tawaran tetapi saya tolak.
"Saya tak rasa dua tahun ini satu tempoh yang merugikan. Saya menjalani kehidupan bersama keluarga dan rasa cukup selesa.
Niena bersama suami dan anak-anak mereka.
"Sekarang anak-anak juga sudah semakin membesar dan saya sedia untuk kembali aktif. Namun semuanya bergantung kepada jalan cerita dan masa," jelasnya.
Terbaharu Niena bakal tampil dalam sebuah filem bersama pelakon Raja Afiq namun perinciannnya masih lagi dirahsiakan.
Untuk rekod Niena berkahwin dengan Datuk Aliff Firdaus pada 1 Februari 2018.
Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Adiel Mikael, 7, dan Alyssa Marissa yang kini berusia lima tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube