suria

Aliff Syukri rampas takhta Khairul Aming… Capai jualan RM1 juta di TikTok dalam masa 2 minit 32 saat, masuk Malaysia Book Of Records

Aliff berjaya cipta rekod baharu untuk Malaysia.

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya meraih jualan sebanyak lebih RM1 juta menerusi platform penstriman langsung TikTok hanya dalam tempoh 2 minit 32 saat.

Pencapaian luar biasa itu sekali gus melayakkan nama Aliff dimasukkan ke dalam Malaysia Book Of Records bagi kategori Jualan Terpantas Menerusi TikTok Live di Malaysia.

Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman, 38, berkata dia amat bersyukur dengan kejayaan tersebut meskipun terpaksa berdepan pelbagai ujian sebelum ini.

Aliff bersama isteri dan anak-anak raikah pencapaian baru.

“Alhamdulillah, saya bersyukur sangat dapat memecah rekod Malaysia untuk mencatat jualan terpantas di platform penstriman TikTok.

“Walaupun terpaksa lalui pelbagai cabaran, syukur masih ramai beri sokongan sehingga saya berjaya mencapai tahap ini,” katanya.

Aliff berkongsi perkara itu menerusi sesi siaran langsung di TikTok miliknya pada malam Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri sudah set standard dalam keluarga, anak gadis tak fikir kahwin awal... Hidup selesa sebab bapa sedia segalanya

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Aliff Syukri pandai ‘speaking’ siap ada slang, ada pula meluat minta utama bahasa Melayu

Menurut Aliff, jumlah jualan sebenar yang direkodkan sepanjang siaran langsung tersebut mencecah lebih RM1.5 juta sekali gus membuktikan kekuatan jenamanya masih mendapat tempat di hati pengguna tempatan.

Difahamkan, produk yang dijual pada malam berkenaan adalah beg tangan denim edisi khas berharga RM79.90 setiap satu.

Dalam rakaman siaran langsung itu, Aliff dilihat sebak dan tidak dapat menahan air mata sebaik berjaya memecahkan rekod terdahulu yang pernah dipegang oleh seorang pempengaruh popular.

Aliff dan isteri teruja kongsi kejayaan bersama.

Difahamkan pempengaruh tersebut ialah Khairul Aming yang berjaya mencatat angka jualan RM1 juta dalam tempoh 3 minit 39 saat di TikTok pada  Februari tahun lalu bagi jualan produk Dendeng Nyet Berapi

Kejayaan Aliff turut diraikan dengan sorakan dan tepukan oleh keluarga serta barisan pekerja yang berada di lokasi ketika sesi jualan berlangsung.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan mengucapkan tahniah atas kejayaan luar biasa usahawan kontroversi itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain