suria

Fan Bingbing terima gelaran ‘Datuk’ dari Melaka… ikut jejak Jackie Chan dan Shah Rukh Khan

Fan menerima gelaran Datuk sempena ulang tahun kelahiran Yang di-Pertua Negeri Melaka.

PELAKON terkenal China, Fan Bingbing bakal menerima penganugerahan yang membawa gelaran ‘Datuk’ hari ini sempena ulang tahun kelahiran Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Rustam.

The Star melaporkan, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan perkara itu pada Khamis yang memaklumkan penganugerahan itu sebagai tanda penghargaan atas pengaruh Fan yang berjaya menarik lebih ramai pelancong ke Melaka serta memberi publisiti besar kepada negeri itu di pentas pelancongan dunia.

“Beliau berjaya melonjakkan Melaka ke persada pelancongan antarabangsa dan kita amat menghargai usaha itu,” katanya kepada portal berita The Star. 

Fan memaklumkan kepada peminat dia kini berada di Malaysia.

Pegawai negeri yang ditemui  media memaklumkan, Fan akan dikurniakan Darjah Datuk Kehormat yang membawa gelaran ‘Datuk’. 

Fan sebelum ini dilantik sebagai Duta Pelancongan Melaka 2024. 

Sejak itu, penglibatannya mencetuskan interaksi besar di platform digital, apabila Melaka merekodkan lebih 1.5 bilion tontonan di aplikasi popular China, WeChat. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kemahiran berbahasa Mandarin dapat pujian, netizen kata Vida cantik berdiri sebelah Fan Bingbing

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Nelydia ada sumbangan sektor hartanah, Uqasha Senrose sangkal dakwaan adik ipar beli gelaran Datuk

Jumlah itu dianggap antara pencapaian digital pelancongan terbesar Malaysia.

Secara fizikal, kedatangan pelancong China ke Melaka turut meningkat mendadak daripada 204,818 orang pada 2023 kepada 664,687 tahun lalu.

Untuk rekod, aktor Bollywood Shah Rukh Khan pernah dianugerahkan pingat Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk pada 2008.

Selain itu, pelakon dari Hong Kong, Jackie Chan juga pernah dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah sempena Hari Wilayah Persekutuan yang membawa gelaran Datuk pada 2015.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain