SELEPAS desas-desus kisah percintaan hangat diperkatakan, jejaka yang didakwa mempunyai hubungan dengan pelakon Nora Danish akhirnya memuat naik foto mereka bersama buat kali pertama.
Menerusi perkongsian Mickey Ayo di Instastory miliknya, kedua-dua mereka dilihat meluangkan masa bersama melakukan aktiviti pickleball.
Tanpa meletakkan sebarang kapsyen, lelaki berkenaan hanya meletakkan muzik latar lagu berjudul Surat Hati yang dinyanyikan Devano.
Peminat seakan restu hubungan Nora dan Mickey Ayo.
Mendapat banyak respons dalam kalangan pengikut, rata-rata netizen mendoakan kebahagiaan dan berharap agar mereka segera mendirikan rumah tangga.
Mereka juga percaya pasangan berkenaan sudah lama saling mengenali hati budi.
"Dia orang memang sudah lama kawan pun, cepat sikit kahwin.
ARTIKEL BERKAITAN: Nora Danish nafi nikah esok
ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto lelaki berkopiah, netizen dakwa Nora Danish jalinkan hubungan dengan jejaka bukan artis… “Saya tahu siapa tapi biarlah rahsia”
"Alhamdulillah sama padan! kami setuju!," antara komen netizen.
Kisah antara mereka sebelum ini mula menjadi perhatian selepas Nora sendiri memuat naik satu hantaran menunjukkan rakaman panggilan video dia bersama Mickey.
Sebelum ini, Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 43, menafikan dakwaan bakal mendirikan rumah tangga dengan lelaki berstatus duda yang mempunyai tiga cahaya mata.
Kata Nora foto dan video viral yang tular di media sosial itu hanyalah sekadar kempen pemasaran produk yang tidak berkaitan dengan dirinya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube