suria

Ibu mentua Nubhan didakwa tuntut RM5 juta jika mahu bercerai, siap ‘spill the tea’ kena bahagi harta sama rata

Pelbagai spekulasi tentang masalah rumah tangga Nubhan (kiri) dan isteri tular di media sosial.

KISAH rumah tangga penyanyi Nubhan terus menjadi perhatian ramai dan kali ini timbul dakwaan ibu mentuanya menuntut wang sebanyak RM5 juta sekiranya artis berkenaan mahu berpisah dengan isteri. 

Menurut seorang pengguna Threads, isu penceraian Nubhan dan Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek dikatakan telah berlarutan dan menjadi perbincangan berulang kali antara mereka.

"Isteri dia masalah, benda cerai ini dah banyak kali mereka bincang. Mak mentua Nubhan siap minta RM5 juta kalau nak cerai. Semua harta nak 50-50. Streslah Nubhan tu," dakwanya. 

Pengguna Threads itu turut mendakwa kononnya isteri Nubhan tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu selain menuduh bapa mentua bertindak menukar sekolah anak tanpa pengetahuan penyanyi berkenaan. 

Dakwaan yang dibuat oleh seorang individu di Threads.

Dakwaan yang dibuat oleh seorang individu di Threads.

"Sibuk apa kak? Event sana sini? Pergi klinik seminggu sekali saja. Dapat gaji CEO (Ketua Pegawai Eksekutif). Nubhan bagi lagi dari company Nubhan pun tak cukup. 

"Suap anak makan pun tak nak. Masak pun tak nak. Lepas tu bapa mentua pandai-pandai tukar sekolah anak tanpa pengetahuan bapa. Nubhan tu dah makan hati. Tu pasal dia buat macam tu," ujarnya. 

Perkongsian semula yang dimuat seorang pengguna media sosial di Threads itu menjadi tular dan meraih pelbagai maklum balas. 

ARTIKEL BERKAITAN: Nubhan bawa anak jumpa pembantu rumah, komen isteri raih perhatian - “Bibik lebih layak?”

ARTIKEL BERKAITAN: Pesanan isteri curi tumpuan, ada pula sindir Nubhan - “Buat apa nak meratapi lelaki pondan”

Terdapat netizen yang mempersoalkan hubungan individu itu dengan pasangan terbabit kerana dikatakan mengetahui konflik rumah tangga yang berlaku.

Malah ada juga pihak yang tidak bersetuju dengan pendedahan tersebut kerana seolah-olah  mengetahui punca perceraian pasangan itu. 

Sementara itu, usaha mStar menghubungi Nubhan bagi mendapatkan reaksi tidak berjaya apabila panggilan dan mesej tidak dijawab.

Pada 5 November lalu, Nubhan atau Ahmad Nubhan Ahamad, 39, memfailkan tuntutan hadanah atau hak penjagaan penuh serta interim terhadap tiga orang anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. 

Perkongsian yang dimuat naik di Threads.

Perkongsian yang dimuat naik  semula di Threads.

Peguam yang mewakili Nubhan, Mohd Redzuan Ramli memakumkan tuntutan berkenaan difailkan terhadap Dr Afifah pada September lalu. 

Sebelum ini, Nubhan memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Sepang. 

Permohonan itu dibuat bagi mengesahkan lafaz cerai yang berlaku pada 2017 dan 26 Ogos lalu, serta satu lafaz rujuk selepas talak pertama. 

Untuk rekod, Nubhan dan Dr Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain