SEBAGAI seorang sahabat, penyanyi Siti Nordiana hanya mengharapkan yang terbaik buat rakan artis, Nubhan yang kini sedang berdepan kemelut rumah tangga.
Bagi Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, 41, dia juga tidak seharusnya masuk campur akan urusan Nubhan bersama isterinya.
“Sebenarnya saya tak mahu komen hal rumah tangga mereka. Hanya mengharapkan yang terbaik buat mereka.

Nana anggap tiada hak masuk campur rumah tangga Nubhan.
“Saya tidak mahu komen lebih-lebih,” katanya kepada mStar.
Nana ditemui ketika majlis pelancaran lagu baharunya berjudul Ahai yang berlangsung di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada malam Jumaat.
Tambah penyanyi ini Nubhan juga seharusnya diberi ruang ketika proses perceraian dengan Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek masih dalam perbicaraan mahkamah.
ARTIEKEL BERKAITAN: Karier Siti Nordiana masih belum ‘sendu’, jawab dakwaan bayaran mahal untuk show
ARTIEKEL BERKAITAN: Pesanan isteri curi tumpuan, ada pula sindir Nubhan - “Buat apa nak meratapi lelaki pondan”
“Saya tak boleh nak komen sebab masih dalam proses mahkamah. Dalam keadaan begini lebih baik berdiam.
“Kedua-dua mereka sahabat saya. Kita berikan mereka ruang. Kita pun tak tahu apa yang mereka hadapi,” ujarnya.
Nubhan sebelum ini memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Nana juga berkawan rapat dengan isteri Nubhan.
Permohonan itu dibuat bagi mengesahkan lafaz cerai yang berlaku pada tahun 2017 dan 26 Ogos lalu, serta satu lafaz rujuk selepas talak pertama.
Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


