REDA dengan ketentuan apabila terpaksa hidup bermadu, pempengaruh Umisya Mazlan menjelaskan dia tiada masalah untuk bertemu dengan madunya, Marissa Dania.
Umisya berkata, dia bagaimanapun hanya mampu berserah dan bertawakal kepada Allah untuk melalui hari-hari mendatang.
"Mungkin saya boleh pertimbangkan. Lagipun tiada masalah daripada pihak saya.
"Cuma tengoklah macam mana Allah aturkan jalan untuk saya nanti.

Umisya tidak mempunyai halangan untuk bertemu dengan madunya.
"Sebelum ini kami pernah saja berjumpa," katanya kepada mStar.
Umisya berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran kamera papan pemuka (dashcam) jenama 70mai iaitu A810s 4K Dash Cam dan M800 4K Dash Cam di 1 Utama, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.
Menurut Umisya, sebagai isteri pertama dia sudah menerima segala ketentuan yang berlaku dan ingin meneruskan kehidupan dengan bahagia.
"Saya memang dah berdamai dengan takdir sebab apa yang berlaku ini sudah lama terjadi.
ARTIKEL BERKAITAN: Umisya Mazlan berdamai dengan takdir hidup poligami - “Saya tak pernah letak syarat”
ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan timbulkan apa-apa spekulasi yang tak patut ” - Umisya Mazlan minta jaga mulut
"Saya pun dah lalui kehidupan poligami yang ada giliran dan tanggungjawab serta bahagian masing-masing. Semua ini saya sudah boleh terima,"katanya.
Ditanya mengenai komen negatif daripada netizen yang mendoakan agar anak-anaknya mewarisi sifat Aslam iaitu berpoligami, Umisya mengaku kecewa dengan perkara itu.
"Sebagai ibu sudah tentu saya terasa dengan kecaman yang dilemparkan, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan anak-anak.
"Saya nak tekankan di sini anak-anak saya tidak bersalah. Jadi tak wajar cakap anak saya tak patut lahir di dunia atau mendoakan anak saya akan mengulangi apa yang terjadi,"katanya.
Terdahulu Umisya tampil menjawab segala dakwaan kononnya dia cuba mengawal Aslam dalam urusan poligami.

Umisya (kiri) dan Aslam bernikah pada 2020.
Bagaimanapun Umisya dengan tegas menjelaskan dia tidak pernah mencampuri urusan rumah tangga suami mahupun meletakkan sebarang syarat yang dikaitkan dengan isu berkenaan.
Umisya mula mencuri perhatian selepas Aslam menjadi topik bualan hangat ramai apabila bernikah Marissa di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.
Umisya mendirikan rumah tangga bersama Aslam pada tahun 2020 dan pernah berpisah pada September 2023. Namun, pasangan ini kembali rujuk dalam tempoh idah.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Hud,4, Nuh,3 dan seorang bayi perempuan yang kini berusia sembilan bulan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


