suria

Pernah diekori individu misteri, Aireena seru wanita pasang ‘dashcam’ sebagai bukti

Aireena pernah melalui detik cemas apabila diekori individu tidak dikenali. 

PEMPENGARUH media sosial, Aireena Sofia pernah melalui detik cemas apabila diekori individu tidak dikenali. 

Ketika kejadian yang berlaku sebelum mendirikan rumah tangga itu, Aireena, 21, yang juga isteri kepada pempengaruh Haqiem Stopa berkata, dia langsung tidak mengetahui niat sebenar individu berkenaan.

"Insiden itu berlaku ketika zaman bujang. Saya pun tak tahu apa sebenarnya niat individu yang mengekori saya.

Aireena tidak mengetahui niat sebenar individu yang mengekorinya.

"Memandangkan waktu itu saya sendirian, saya tak tahu apa perlu dilakukan melainkan cari jalan untuk melarikan diri," katanya.

Aireena berkata, pengalaman itu membuatkan dia sedar kepentingan penggunaan peranti keselamatan khususnya dalam kalangan wanita.

"Zaman sekarang, kita tak tahu apa niat orang yang mungkin nak buat gangguan seksual dan sebagainya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Rakaman ‘dashcam’ tunjuk bas memotong laju, tiga saat terseret atas jalan sebelum berhenti - “Dia pintas saya sebelum kemalangan”

ARTIKEL BERKAITAN: Rakaman boleh jadi bukti di mahkamah, patutkah dashcam diwajibkan pada semua kenderaan?

"Saya pula jenis keluar bersendirian, jadi agak bahaya. 

"Dengan adanya alat berteknologi tinggi seperti dashcam, saya rasa keselamatan kita terutama kaum wanita lebih terjamin kerana ada bukti rakaman," katanya.

Aireena mencadangkan setiap wanita memasang dashcam bagi tujuan keselamatan.

Terdahulu Aireen ditemui pada pelancaran produk terbaharu kamera papan pemuka (dashcam)) jenama 70mai iaitu A810s 4K Dash Cam dan M800 4K Dash Cam di 1 Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Model A810s menawarkan rakaman 4K Ultra-HD sebenar hasil penggunaan sensor Sony STARVIS 2 manakala M800 hadir dengan rakaman 4K HDR menggunakan lensa sudut lebar bagi liputan menyeluruh dan mod pemantauan parkir 24 jam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain